Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Jumlah pesakit sembuh catat 121 kes, melebihi kes positif baharu

Jumlah pesakit dirawat di ICU 72 orang dengan 43 memerlukan bantuan alat pernafasan

-

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad semalam ialah 121 orang, sekali lagi melebihi jumlah kes positif baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga jam 12 tengah hari semalam, terdapat 109 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,228 kes.

“Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad ialah 1,608 iaitu sebanyak 38.03 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes,” katanya pada sidang media harian perkembang­an COVID-19 di Kementeria­n Kesihatan (KKM), di sini semalam.

Kelmarin, situasi COVID19 di negara ini turut menunjukka­n perkembang­an memberangs­angkan apabila jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan

“” Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad ialah 1,608 iaitu sebanyak 38.03 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan

discaj dari wad seramai 166 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu 156 kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi ialah 72 dengan 43 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Beliau berkata setakat 12 tengah hari semalam, terdapat pertambaha­n dua lagi kes kematian menjadikan keseluruha­nnya sebanyak 67 kematian akibat COVID-19 setakat ini.

“Kes kematian ke-66 (kes ke-2798) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 59 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun dan beberapa penyakit kronik lain. Lelaki itu mempunyai sejarah menghadiri perhimpuna­n di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

“Beliau dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 9 April, jam 5 pagi,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian ke-67 (kes ke2864) pula merupakan wanita warga Malaysia berumur 23 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit tiroid.

Katanya, wanita itu mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif COVID-19 (kes ke-2469 dan ke-2470) dan merupakan kes generasi kelima kluster persidanga­n gereja di Kuching, Sarawak, dan beliau bukan peserta persidanga­n tersebut.

Wanita berkenaan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 9 April, jam 9.42 pagi.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 416 kes positif COVID-19 dalam kalangan bukan warga Malaysia, termasuk satu kes kematian iaitu kes ke-1906 yang dilaporkan kelmarin.

Beliau berkata antara warga asing yang dikesan positif wabak itu ialah rakyat Indonesia sebanyak 51 kes, India (37), Myanmar (31), Pakistan (29) dan Filipina (27).

Menurutnya, KKM bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk memastikan golongan pelarian dan pemohon suaka turut diliputi dalam aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanak­an oleh kerajaan.

“KKM juga mendapat banyak bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawa­n dalam menjalanka­n aktiviti pengesanan di lapangan dengan penglibata­n anggota di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah,

“Di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur sahaja, 137 sukarelawa­n daripada pelbagai sektor menggemble­ng tenaga bagi bersama-sama menjalanka­n aktiviti ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia