Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tidak pinggir masyarakat Orang Asli sepanjang PKP: Ismail Sabri

-

PUTRAJAYA: Kerajaan menafikan dakwaan bahawa masyarakat Orang Asli dipinggirk­an daripada menerima bantuan bekalan makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah melaksanak­an agihan Bantuan Bakul Makanan kepada masyarakat berkenaan.

Bantuan fasa pertama dari 2 hingga 10 April diagihkan kepada 49,670 ketua isi rumah di 853 buah perkampung­an Orang Asli di seluruh negara bernilai RM5 juta dengan bantuan fasa kedua bermula esok dengan bilangan penerima meningkat kepada 55,000 ketua isi rumah melibatkan peruntukan RM6 juta.

“Bantuan fasa kedua ini merupakan sambungan daripada agihan fasa pertama dengan penambahan kepada keluarga yang berpindah randah dan tinggal di kampung tambahan,” katanya selepas mesyuarat Jawatankua­sa Khas Menteri-Menteri berkenaan PKP di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri meminta orang ramai membuat aduan kepada pemimpin masyarakat setempat di kampung dan daerah masingmasi­ng sekiranya timbul isu melibatkan bantuan bekalan makanan yang tidak sampai kepada mereka.

“Dinasihatk­an supaya segala masalah seperti ini diadukan kepada pemimpin masyarakat setempat seperti wakil rakyat dan ketua kampung. Pemimpin masyarakat ini akan memanjangk­an masalah kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” tambahnya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan tiada masalah untuk membenarka­n jenazah atau mayat rakyat Malaysia yang meninggal dunia di luar negara akibat COVID-19 dibawa pulang ke negara ini.

Beliau berkata, ia dibenarkan namun urusan terbabit mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanap­un, beliau berkata setakat ini belum ada kematian membabitka­n rakyat Malaysia akibat COVID-19 di luar negara.

“Kalau ada KKM akan keluarkan SOP bagaimana untuk bawa pulang dan sebagainya dan kita juga mesti patuhi juga SOP dikeluarka­n negara berkaitan, jadi ada dua SOP,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia