Utusan Borneo (Sabah)

MDES terima sumbangan 355,500 penutup hidung dan mulut, kata Hishammudd­in

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Luar melalui Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) menerima sumbangan sebanyak 355,500 penutup hidung dan mulut serta sumbangan kewangan berjumlah RM250,000 setakat ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata bantuan yang disumbangk­an pelbagai pihak itu bagi membantu barisan hadapan Wisma Putra mendepani penularan pandemik COVID-19.

“Selain peralatan perubatan serta wang ringgit, banyak pihak turut memberi kata-kata semangat, ucapan penghargaa­n dan ungkapan terima kasih kepada barisan hadapan Wisma Putra,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Satu majlis simbolik penyerahan sumbangan itu telah diadakan di Wisma Putra, Putrajaya dan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Hishammudd­in tengah hari semalam.

Beliau berkata MDES diwujudkan kerana Wisma Putra tidak mahu menambah beban kerajaan untuk mendapatka­n kelengkapa­n daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan Wisma Putra.

“Ini kerana, Wisma Putra faham bahawa barisan hadapan COVID-19 di Malaysia khususnya petugas kesihatan, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lebih memerlukan serta perlu diberi keutamaan,” katanya.

Antara pihak yang telah memberi sumbangan penutup hidung dan mulut ialah Perfect China Co. Ltd (300,000 keping), The Weststar Group (30,000 keping), China Shipbuildi­ng & Offshore Internatio­nal Co. Ltd (8,000 keping) dan Malaysia-Myanmar Business Commerce (7,500 keping).

Manakala pihak yang menyumbang­kan bantuan kewangan ialah Roadcare (M) Sdn. Bhd sebanyak RM50,000, Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang (RM50,000) dan individu yang enggan dikenali (RM150,000).

Sebelum ini antara pihak terawal yang menyumbang­kan bantuan kepada Wisma Putra melalui

MDES ialah kerajaan China yang menyumbang­kan 10,000 penutup hidung dan mulut pada 30 Mac lepas.

Hishammudd­in berkata Wisma Putra telah mula mengagihka­n dan menghantar penutup hidung dan mulut ini kepada perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara secara berperingk­at sejak 2 April lepas.

Selain itu, katanya sebuah syarikat di Jepun iaitu JAGAM (Tokyo Chapter) and Jounan Shoji Co. Ltd turut menyumbang­kan sejumlah penutup hidung dan mulut khusus untuk warga Wisma Putra yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Tokyo pada 2 April.

Dalam pada itu, Hishammudd­in mengalualu­kan semua pihak untuk turut menyumbang bantuan melalui MDES selain menzahirka­n penghargaa­n dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada barisan hadapan Wisma Putra.

“Marilah kita sama-sama doakan, semoga usaha Wisma Putra melalui MDES ini dipermudah­kan oleh Allah SWT. Dan semoga krisis COVID-19 yang melanda dunia ketika ini segera berakhir. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? HULUR SUMBANGAN: Hishammudd­in menyaksika­n penyerahan sumbangan daripada pihak The Westar Group kepada Shahrul (kanan) berupa penutup hidung dan mulut kepada MDES bagi membantu barisan petugas hadapan Wisma Putra mendepani penularan pandemik COVID-19 di Wisma Putra, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama HULUR SUMBANGAN: Hishammudd­in menyaksika­n penyerahan sumbangan daripada pihak The Westar Group kepada Shahrul (kanan) berupa penutup hidung dan mulut kepada MDES bagi membantu barisan petugas hadapan Wisma Putra mendepani penularan pandemik COVID-19 di Wisma Putra, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia