Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri cipta P-COSB untuk saringan COVID-19

-

KANGAR: Dua penyelidik yang juga pasangan suami isteri daripada Pusat Kecemerlan­gan Teknologi Sensor Termaju (CEASTech), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tampil dengan idea membangunk­an bilik saringan COVID-19 yang dikenali sebagai ‘Perlis COVID-19 Screening Booth’ (P-COSB) 1.0.

Ketua Penyelidik CEASTech, Prof Madya Dr Ammar Zakaria berkata idea membangunk­an konsep tersebut tercetus apabila melihat kejayaan Korea Selatan menguna ‘booth’ sebagai pusat saringan COVID-19.

“Pada peringkat awal, saya bersama isteri, Prof

Madya Dr Latifah Munirah Kamarudin mencari idea bagaimana untuk membantu petugas barisan hadapan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan.

“Harga bagi sepasang peralatan perlindung­an diri (PPE) adalah sekitar RM100, namum dengan adanya P-COSB ini perbelanja­an dapat dijimatkan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

P-COSB itu ditempatka­n di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Perlis dan berharga kira-kira RM50,000 dengan dilengkapi empat bilik saringan yang boleh digunakan serentak serta menjimatka­n masa. Kontena yang diubahsuai ini turut dilengkapi pendingin hawa dan mikrofon serta mempunyai tahap keselamata­n yang tinggi.

Dr Ammar berkata sebuah syarikat dengan kerjasama Yayasan UniMAP kini sedang dalam proses untuk membangunk­an 10 buah lagi kontena untuk diubah suai menjadi PCOSB yang akan ditempatka­n di beberapa hospital terutamany­a kawasan Zon Merah.

Individu atau organisasi yang berminat untuk menyumbang boleh menghubung­i Dr Ammar melalui e-mel ammar@ideria.co atau menghubung­i talian 012538 8652.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia