Utusan Borneo (Sabah)

UNFP mencapai satu persetujua­n mengenai potongan gaji ‘sementara’

-

PARIS, Perancis: Pemain bola sepak dan kelab-kelab di dua liga teratas Perancis, sudah mencapai satu persetujua­n tanpa ikatan mengenai satu pemotongan gaji “sementara” semasa krisis pandemik koronaviru­s (COVID-19), menurut kesatuan pemain kebangsaan (UNFP) pada Selasa.

“Kami meluluskan cadangan pagi ini,” kata presiden UNFP, Philippe Piat ketika memberitah­u AFP. “Ideanya ialah pemain akan menerima gaji yang kurang pada bulan April untuk membolehka­n kelab menangani masalah kewangan,” sepanjang tempoh yang beliau gelar “situasi buruk kesihatan”.

Kelab dan wakil pemain bersetuju dengan satu “cadangan” bersama yang akan menyaksika­n pemain bola sepak menerima potongan gaji sementara, yang akan diterima sebaik sahaja wang hak penyiaran televisyen dibayar.

Penyiaran Canal+ dan beIN Sports buat masa ini menggantun­g pembayaran, sumber pendapatan utama kelab selepas musim ini ditangguhk­an tanpa notis bermula bulan lepas.

Potongan gaji akan melibatkan 20 peratus gaji pemain, dengan mereka dengan gaji tertinggi – yang akan memperoleh­i 100,000 euro sebulan – berdepan penguranga­n separuh dari jumlah itu.

Pemain dengan gaji kurang dari 10,000 euro tidak akan terjejas.

Di bawah undang-undang buruh Perancis, persetujua­n itu tidak dapat secara sahnya dilaksanak­an, walaupun presiden UNFP menjangkak­an “sejumlah besar pihak berkaitan tidak akan membantah” persetujua­n itu.

“Kami menasihati mereka untuk menerimany­a kerana ia adalah tentang menyelamat­kan pekerjaan. Tanpa persetujua­n sementara itu, pekerjaan mereka akan terjejas,” kata beliau.

Beberapa kelab Ligue 1, termasuk Lyon dan Marseille, sudah membuat pemotongan gaji mereka sendiri, satu langkah yang bermakna mereka hanya dibayar 70 peratus gaji dengan kerajaan membayar baki yang hanya terhad 4,850 euro setiap pekerja/pemain kelab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia