Utusan Borneo (Sabah)

Mane akan ‘menerima’ jika Liverpool terlepas peluang memenangi kejuaraan Liga Perdana kerana COVID-19

-

LONDON, England: Penyerang kelab Liverpool, Sadio Mane, berkata beliau akan “menerima” jika Liverpool terlepas peluang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris ekoran pandemik koronaviru­s (COVID-19). Skuad kendalian Jurgen Klopp ketika ini berada di tangga teratas liga dengan kelebihan 25 mata berbanding pencabar terdekat dan diambang memenangi kejuaraan liga yang pertama kelab sejak 1990 sebelum musim tertangguh tanpa notis kerana COVID-19. Liverpool hanya kurang dua kemenangan sebelum mengesahka­n kejuaraan tetapi Mane berkata beliau boleh faham jika kelab terpaksa menunggu lagi untuk memenangi kejuaraan liga yang pertama sejak sekian lama.

“Saya mahu memenangi perlawanan dan mahu menjulang trofi, ia sesuatu yang saya mahu lakukan,” kata Mane. “Tetapi dengan situasi ketika ini, apa jua yang berlaku, saya boleh menerimany­a.

“Ia sangat sukar untuk Liverpool, tetapi ia adalah lebih sukar untuk begitu ramai lagi orang di seluruh dunia. Ada di antara mereka kehilangan anggota keluarga dan juga situasi yang lebih sukar dari apa yang dibayangka­n.

“Tetapi bagi diri saya sendiri, ia adalah impian saya dan saya mahu memenangin­ya tahun ini. Jika ia tidak berlaku, saya akan menerimany­a, ia sebahagian dari kehidupan. Saya berharap kami akan memenangin­ya tahun hadapan.”

Presiden badan induk bola sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin, ada berkata di mana ‘tiada cara’ di mana Liverpool tidak dimahkotak­an sebagai juara Liga Perdana Inggeris dan juga memberi amaran kepada liga yang menamatkan liga tanpa kebenaran mereka, akan berdepan penggantun­gan dari pertanding­an di Eropah musim hadapan.

Belgium menjadi liga pertama di Eropah yang membatalka­n baki musim mereka pada minggu lepas dengan Club Brugge diisytihar­kan juara.

 ??  ?? MANE
MANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia