Utusan Borneo (Sabah)

Juve sedia ‘pulangkan’ Ronaldo ke Real Madrid

Juventus dilaporkan sedia terima tawaran 50 juta pound untuk penyerang antarabang­sa Portugal itu

-

Juventus dilaporkan sedia terima tawaran 50 juta pound untuk penyerang antarabang­sa Portugal itu

Turin, Itali: Kelab Serie A Itali, Juventus, dikatakan bersedia untuk melepaskan pemain bintang mereka, Cristiano Ronaldo, kembali ke bekas kelab, Real Madrid dengan harga yang murah, menurut akhbar sukan harian Itali Corriere dello Sport.

Laporan dalam akhbar di Itali berkata Juventus kekurangan tunai dan mungkin bersedia menerima tawaran bernilai 50 juta pound untuk penyerang antarabang­sa Portugal itu, dengan kelab gergasi bola sepak Sepanyol yang juga bekas kelab Ronaldo dikatakan ada menyuaraka­n minat.

Pandemik koronaviru­s (COVID-19) telah menyebabka­n masalah dalam dunia sukan dan dijangka menyebabka­n kerugian banyak wang dalam beberapa bulan, memaksa beberapa langkah drastik diambil.

Semua pendapatan dari hari perlawanan tidak diperolehi dengan liga tertangguh di seluruh dunia dan Juventus mungkin terpaksa untuk menjual beberapa pemain penting.

Ronaldo adalah pemain dengan gaji tertinggi dalam

Serie A, dengan kontrak beliau bernilai 27.5 juta pound setahun, yang dijamin sehingga Jun 2022.

Bagaimanap­un, pemain Juventus sudah bersetuju dengan pemotongan sementara gaji, yang memberi penjimatan kelab sebanyak lebih 80 juta pound dalam tempoh empat bulan.

Ronaldo sendiri akan melihat penguranga­n 10 juta pound gaji dalam beberapa bulan akan datang.

Ketika ini, malah kelab yang kaya seperti Juventus tidak mampu menyelesai­kan hutang dengan pemain tanpa memperbaha­rui kontrak dan menstruktu­r semula pembayaran di masa hadapan.

Minggu lepas, pengerusi kelab, Andrea Agnelli, berasa yakin untuk mencapai persetujua­n terma kontrak baharu sehingga 2024 dengan Ronaldo, mengukuhka­n lagi status legenda beliau di kelab.

Beliau akan mencadangk­an memanjangk­an kos hutang 10 juta pound kepada Ronaldo dalam dua musim akan datang.

Bagaimanap­un, laporan terbaharu ini akan mencadangk­an bahawa mereka sekarang bersedia untuk menerima hakikat beliau akan meninggalk­an kelab, yang mungkin membuka ruang kepulangan ke Real Madrid.

Ronaldo menyertai Juventus dari Real Madrid pada 2018 dengan yuran perpindaha­n 100 juta pound, jadi sebarang kepulangan ke Real Madrid dengan yuran lebih rendah menyaksika­n Juventus bersedia menerima kerugian.

Ronaldo menjaringk­an 450 gol dalam 438 penampilan bersama Real dan beliau sudah menjaringk­an 53 gol dalam 75 perlawanan bersama Juventus sejak tiba di Turin.

Kepulangan ke Real mungkin amat popular di kalangan penyokong kelab walaupun pemain berusia 35 tahun itu mungkin berdepan saingan lebih sengit di kelab dalam beberapa musim akan datang.

Jurulatih lebih memberi fokus kepada pemain masa hadapan, dengan penyerang muda Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe berada dalam senarai teratas pemain buruannya. Bagaimanap­un, usaha mendapatka­n Mbappe mungkin tertangguh kerana COVID-19 dengan kelab berharap untuk mendapatka­n penyerang antarabang­sa Perancis itu dengan harga lebih rendah sekitar 132 juta pound pad 2021.

 ??  ??
 ??  ?? Real, Zinedine Zidane, mungkin
Real, Zinedine Zidane, mungkin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia