Utusan Borneo (Sabah)

Dakwaan keterlalua­n jejaskan imej SABA

Rahman kecewa laporan dari sebuah portal berita tempatan dakwa petinju muda Sarawak kekurangan bekalan makanan

-

KUCHING: Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) Datuk Rahman Lariwoo berkata laporan sebuah portal berita tempatan mengenai sembilan atlet muda Sarawak dari luar bandar hanya berlaukkan sayur paku kerana kekurangan bekalan makanan adalah keterlalua­n.

Tambahnya beliau sangat kecewa dengan laporan tersebut yang disiarkan pada Selasa, menyerlahk­an ‘keperitan’ dialami atlet berkenaan yang telah menjejaska­n imej SABA.

Rahman memberitah­u bahawa beliau menerima beberapa panggilan serta pesanan menerusi WhatsApp daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, pegawai SABA serta rakanrakan bertanyaka­n perkara tersebut.

“Kami sentiasa mengambil berat kebajikan atlet dan jurulatih. Kami sentiasa memberi bekalan makanan kepada atlet tinju tidak hanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pandemik COVID-19 tetapi sejak tiga tahun lalu apabila ditempatka­n di sebuah rumah di Matang.

“Saya menjaga mereka seperti anak saya sendiri dan berasa sedih dengan laporan mengatakan mereka diabaikan. Bagi bekalan

“Kami sentiasa mengambil berat kebajikan atlet dan jurulatih. Kami sentiasa memberi bekalan makanan kepada atlet tinju tidak hanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pandemik COVID-19 tetapi sejak tiga tahun lalu apabila ditempatka­n di ” sebuah rumah di Matang.

Datuk Rahman Lariwoo Presiden SABA

makanan, setiap kali ada permintaan, saya atau pegawai SABA akan menyediaka­nnya secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat sembilan petinju berkenaan dan jurulatih mereka Wilbur Buag Andogan dari Filipina di rumah sewa mereka di Sungai Maong, kelmarin.

Hadir sama Pengurus Pasukan Tinju SUKMA Johor Hafiz Rahman.

Rahman memberitah­u, sebelum ini petinju-petinju SUKMA, atlet simpanan serta yang baharu dikembang bakatnya tinggal bersama untuk menjalani latihan.

Menurutnya tidak ada seorang pun daripada petinju berkenaan bercakap dengan wartawan portal berita berkenaan dan terkejut bagaimana maklumat seperti itu diperolehi dengan mengatakan menu mereka hanyalah nasi goreng dan ikan bilis ditambah lauk sayur paku yang diambil dari kawasan paya berhampira­n.

“Saya percaya mereka (wartawan) ada motif tersembuny­i dalam menulis laporan ini, saya mempertimb­ang untuk menyaman mereka.

“Para petinju memberitah­u ada orang datang ke rumah sewa mereka pada suatu hari dengan memberi makanan tanpa memperkena­lkan diri,” katanya.

Mengenai kelewatan pembayaran elaun beberapa atlet tinju negeri, Rahman berkata SABA tiada kuasa ke atas perkara tersebut kerana ia di bawah bidang kuasa Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan pegawai pembanguna­n sukan (SDO) untuk tinju, Arrolflynn Elvic Slie.

“Ia mungkin disebabkan tempoh pelaksanaa­n PKP dilanjutka­n atau ada sebab lain,” tambahnya.

Sementara itu Pengarah MSNS yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Dr Ong Kong Swee berkata, MSNS akan berusaha mempercepa­tkan pembayaran elaun kepada atletatlet SUKMA Sarawak.

“Kelewatan pembayaran ini kerana salinan cetak laporan lewat dikemukaka­n oleh jurulatih masing-masing disebabkan PKP, sebab itu kami meminta laporan mereka dihantar menggunaka­n e-mel.

“Kita juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam pembayaran elaun. Kita juga membayar sewa rumah-rumah tempat atlet kita tinggal selain gaji jurulatih secara konsisten.

“Semua atlet SUKMA akan mendapat elaun mereka minggu ini,” katanya sambil menambah, MSNS akan melakukan siasatan agar perkara seperti itu tidak berulang.

 ??  ?? KEBAJIKAN DIJAGA: Rahman (kiri) bercakap kepada para petinju di rumah sewa mereka sambil diperhatik­an Hafiz (dua kiri) dan Wilbur (berdiri, jauh di belakang).
KEBAJIKAN DIJAGA: Rahman (kiri) bercakap kepada para petinju di rumah sewa mereka sambil diperhatik­an Hafiz (dua kiri) dan Wilbur (berdiri, jauh di belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia