Utusan Borneo (Sabah)

Pemain Tambadau gigih berlatih di rumah

- Oleh Vitalis G. Bingkasan

KOTA KINABALU: Walaupun tidak lagi menjalani latihan seperti biasa, kesemua pemain Sabah masih berlatih sendiri di kediaman masing-masing bagi memastikan mereka terus cergas dan bersedia untuk beraksi apabila saingan Liga Super bersambung semula nanti.

Pengurus pasukan, Henry Soimpon, berkata, latihan kecergasan kesemua pemain juga dipantau menerusi aplikasi Whatsapp di mana mereka wajib menghantar video latihan.

“Program latihan juga disusun atur oleh jurulatih kecergasan, Sofie (Imam Faizal) dan kadang-kadang mereka berlatih secara langsung menggunaka­n ‘video call’.

“Tidak dinafikan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang diumumkan kerajaan menjejaska­n pasukan terutama dari segi latihan.

“Bagaimanap­un, kami akur dan patuh dengan perintah berkenaan, apa yang boleh kami lakukan adalah mengekalka­n kecergasan pemain,” katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, semalam.

Henry berkata, selain menjalani latihan di rumah, para pemain juga diingatkan supaya mematuhi PKP dengan tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.

“Kita mahu mereka kekal cergas dan kita juga mahu mereka bebas dari sebarang penyakit termasuk COVID19 yang telah meragut banyak nyawa,” katanya.

Setakat empat aksi Liga Super musim ini, skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto itu mencatat satu kemenangan, dua kali seri serta satu kekalahan.

Tambadau sebelum ini mencatat keputusan seri 0-0 dengan PDRM dalam aksi pertama di gelanggang lawan seterusnya menang 3-1 ke atas Felda United di Stadium Likas.

Bagaimanap­un, rekod tanpa kalah mereka lebur di perlawanan ketiga apabila kecundang 0-2 kepada Pahang di Kuantan.

Aksi terakhir Tambadau sebelum saingan Liga Super direhatkan akibat wabak COVID-19 menyaksika­n mereka mencatat keputusan seri 2-2 dengan Perak di gelanggang sendiri.

 ??  ?? BERLATIH DI RUMAH: PemainSaba­h menjalani latihan di kediaman masing-masing.
BERLATIH DI RUMAH: PemainSaba­h menjalani latihan di kediaman masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia