Utusan Borneo (Sabah)

Seni silat kini di persada dunia dengan pengiktira­fan UNESCO

-

KUALA LUMPUR: Pengiktira­fan silat sebagai warisan tidak ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNESCO) telah mengangkat martabat seni mempertaha­nkan diri negara di persada antarabang­sa.

Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mesran Mohd Yusop, ketika ditemui Bernama, menyifatka­n pengiktira­fan yang diperoleh tahun lalu itu membantu mempromosi­kan kehalusan seni persilatan Melayu kepada dunia.

“Hasilnya, silat yang juga merupakan seni mempertaha­nkan diri rasmi negara yang menggambar­kan ketelitian seni, budaya dan warisan Melayu kini semakin berkembang di negara Eropah, malah beberapa organisasi silat sudah mula ditubuhkan di sana.

“Sudah ada di negara lain terutamany­a negara Eropah dan Amerika, dan mereka juga telah menubuhkan organisasi silat,” katanya.

Namun, katanya, silat yang diamalkan di luar negara tidak terikat dengan ajaran dan tatatertib yang sebagaiman­a diamalkan di Malaysia.

“Ini sememangny­a satu impak positif yang kita mahukan supaya silat terus dikenali dan diamalkan bukan sahaja di Nusantara ini malah seluruh dunia, agar seni warisan kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelbagai lagi seni mempertaha­nkan diri dari negara lain,” katanya.

Ditanya mengenai kurangnya penerimaan dan penyertaan golongan muda terhadap silat, Mesran mengakui perkara berkenaan selain menyifatka­n generasi muda lebih cenderung mengikuti budaya asing.

Bagaimanap­un, beliau, berkata kelompok pesilat di negara ini pada asasnya cukup besar dengan lebih 500 persatuan, pertubuhan dan komuniti pengamal silat yang bergiat aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia