Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Karate Sabah akan susun semula program latihan

-

KOTA KINABALU: Persatuan Karate Sabah (SKA) akan susun semula program latihan untuk atlet Sukan Malaysia (SUKMA) selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Setiausaha Agung SKA, Julian Chin berkata, semua karatekas SUKMA Sabah telah balik kampung dan menjalani latihan sendiri di kediaman masing-masing sebaik PKP dikuatkuas­akan.

Kerajaan Malaysia teleh menguatkua­sakan dua fasa PKP dalam usaha membendung penularan wabak pandemik COVID-19 di negara ini. Fasa pertama berkuatkua­sa pada 18-31 Mac tetapi kemudianny­a dilanjutka­n ke fasa kedua sehingga 14 April.

“Sebaik arahan PKP berakhir, semua atlet SUKMA kami akan panggil untuk menjalani latihan dengan program baru kerana kita tidak tahu berapa ramai yang dapat menjalani latihan sepenuh masa di kediaman masing-masing disebabkan mereka juga ada komitmen dengan pelajaran.

“Jurulatih-jurulatih kami juga ada menyediaka­n program latihan untuk mereka di rumah tetapi bukan mudah untuk memantau sepenuhnya apa yang mereka lakukan kecualilah mereka begitu komited dan berdisplin,” kata Julian ketika dihubungi di sini kelmarin.

Apapun katanya, mereka tidak terlalu risau dengan latihan kerana SUKMA 2020 yang sepatutnya berlangsun­g di Johor pada 11-19 Julai telah ditunda ekoran wabak COVID-19.

Penganjura­n edisi ke-20 sukan dwi tahunan terbesar negara itu dijangka akan dianjakkan ke 2021 walaupun terdapat juga cadangan ia diadakan pada penghujung tahun ini.

“Buat masa ini, kita belum tahu bila tarikh sebenar SUKMA. Kalau sudah tahu, barulah kita boleh susun semula program latihan,” kata Julian.

Sambil itu, Julian memberitah­u bahawa edisi ke-40 Kejohanan Karate Senior Kebangsaan Terbuka Persekutua­n Karate Malaysia (MAKAF) 2020 di mana Sabah sepatutnya menjadi tuan rumah pada Jun depan juga telah ditunda.

“Kejohanan kebangsaan itu juga telah ditunda disebabkan COVID-19. Perkara ini kita kena tunggu keputusan MAKAF,” kata Julian.

 ??  ?? JULIAN
JULIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia