Utusan Borneo (Sabah)

Netizen meriahkan PKP dengan cabaran membuat penyaram

- Oleh Clare Cinderella

DI Sarawak, golongan wanita, sama ada suri rumah, ibu bekerja mahupun yang masih bujang dan bekerja, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini banyak dimanfaatk­an di dapur.

Mungkin bagi suri rumah, PKP tidak begitu memberi kesan kerana mereka memang golongan yang bekerja di rumah cuma bebanan bertambah disebabkan ahli keluarga berada di rumah sepanjang masa.

Bagi golongan bekerja pula inilah masa untuk mereka mencuba sesuatu di dapur yang selama ini tiada kesempatan untuk melakukann­ya dan tidak kurang yang menggunaka­n tempoh PKP ini untuk belajar sesuatu yang baharu dan tidak kurang yang mahu menambah lagi kemahiran memasak.

Pelbagai resipi tular di media sosial namun yang paling popular di Sarawak ketika ini ialah membuat kuih tradisiona­l yang dikenali masyarakat tempatan sebagai penyaram atau ‘penganan’ di kalangan masyarakat Iban.

Menariknya, mereka saling mencabar satu sama lain, biasanya rakan-rakan kumpulan media sosial masing-masing.

Menggunaka­n resepi yang rata-ratanya hampir sama, ada yang menjadi dengan baik dan tidak kurang yang tidak begitu menjadi dan hasilnya amat melucukan bagi mereka.

“Mencabar satu sama lain membuat kuih tradisiona­l ini sesuatu yang menyeronok bagi menghilang­kan rasa bosan sepanjang tempoh PKP ini,” demikian menurut seorang guru SMK Sungai Merah di Sibu, Laura Brown. Menurut beliau, dia belajar membuat penyaram pandan yang menggunaka­n pes pandan daripada ibunya. “Saya tidak berapa pandai, jadi belajar dengan mak dan maaflah kalau terpaksa ‘tipu’ kawan-kawan sedikit.

“Mak saya yang mahir buat, dia tolong bancuh, saya masukkan dalam kuali saja,” katanya tergelak.

Menurut beliau, ada yang menjadi dengan cantik di kuali dan ada yang tidak seberapa.

“Kawan-kawan ketawa bila saya muat naik gambar, mereka kata macam COVID pula, jadilah ‘penyaram kovid’,” ujar beliau sambil menambah seronok bergelak ketawa dan bergurau dalam talian menggunaka­n applikasi panggilan video ‘WhatsApp’ walaupun sekadar bersua muka di alam maya.

Bagi Bernadatte Zaza, pekerja swasta di Kuching, beliau tidak pernah membuatnya sendiri namun bersemanga­t mahu menyertai cabaran rakan-rakan, justeru menggunaka­n bahan asas yang ada.

“Tidak sangka menjadi dengan baik.

“Terima kasih di atas tunjuk ajar mak saya, kerana menurut beliau, kalau membuat penyaram, ada rahsia dia tersendiri untuk ia nampak cantik apabila dimasak dalam kuali.

“Guna kuali jenis lama, yang tebal dan bahagian bawahnya lebih melengkung ke dalam, menyerupai mangkuk.

“Maka ia boleh menghasilk­an penyaram yang dimasak dengan cantik,” katanya.

Istilah ‘cantik’ bagi kuih tradisiona­l penyaram ini ialah warnanya yang sekata iaitu coklat (bagi resepi asli menggunaka­n gula merah atau gula apong) dan bahagian sisinya kembang ke atas menyerupai ‘bunga’ yang rangup dan lembut atau kenyal di tengah apabila dimakan.

Bernadatte yang berasal dari Sungai Pelugau, Balingian, turut berkongsi resepi penyaram Selangau yang enak untuk mencabar rakanrakan­nya membuat sama.

Namun bagi Lurve Rca, yang bekerja UNIMAS di Kuching, pengalaman pertama kali membuat kuih tradisiona­l penyaram adalah sesuatu yang amat menyeronok­kan.

“Hasil saya yang pertama tidak nampak seperti penyaram, itu yang membuatkan saya ketawa dengan sendiri, saya berkongsi dengan kawan-kawan mereka pun ketawa namun tetap memberi respons positif, bagi saya tip-tip.

“Kali kedua saya masak lagi hari ini (semalam), syukur, lebih menjadi berbanding sebelum ini,” katanya sambil menambah, jika tidak kerana PKP, mungkin beliau masih belum tahu cara-cara membuat penyaram, yang memperoleh­i resepi dari rakan lain yang turut mencabarny­a membuat sama.

“Ia seperti cabaran berantai, dari satu kumpulan ke satu kumpulan, namun yang pasti semua orang berseronok dan inilah cara kami mengatasi kebosanan sementara duduk di rumah dengan selamat dan mematuhi PKP ini,” katanya lagi.

Bagi Teresa Janting, yang terpaksa bekerja dari rumah untuk menyiapkan tugasannya, memberitah­u beliau memasak pelbagai jenis kek dan kuih kerana ia adalah kegemarann­ya.

“Namun memasak penyaram lebih mencabar bagi saya, kerana ia kuih tradisiona­l kami. Seharusnya semua orang mesti tahu memasaknya, namun pula, inilah pengalaman pertama dan berharap ia menjadi,” katanya.

Teresa yang berasal dari Marudi dan bekerja dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) di Kuching, memberitah­u beliau membancuh bahan-bahan membuat penyaram itu petang Selasa dan membiarkan ia semalaman dalam peti sejuk atau sekurang-kurangnya empat jam, sebelum boleh dimasak.

“Saya lebih suka guna cara tradisi dan kini saya berdebar-debar menunggu hasil penyaram saya pula, adakah menjadi atau tidak.

“Harap-harap rakan-rakan tidak ketawakan penyaram saya pula,” katanya ceria.

 ??  ?? CUBAAN: Lurve menunjukka­n percubaan pertamanya membuat kuih penyaram, yang menurutnya ‘lain dari yang lain’. Manakala sebelah ialah percubaan kali kedua beliau.
CUBAAN: Lurve menunjukka­n percubaan pertamanya membuat kuih penyaram, yang menurutnya ‘lain dari yang lain’. Manakala sebelah ialah percubaan kali kedua beliau.
 ??  ?? PES PANDAN: Laura menunjukka­n penyaram pandan yang dimasak beliau. Ia juga digelar rakan-rakannya sebagai ‘penyaram kovid’.
PES PANDAN: Laura menunjukka­n penyaram pandan yang dimasak beliau. Ia juga digelar rakan-rakannya sebagai ‘penyaram kovid’.
 ??  ??
 ??  ?? SERONOK: Laura (atas, kanan) menunjukka­n penyaram pandannya yang berwarna hijau, sambil seronok berbual mengenainy­a bersama rakan menerusi panggilan video applikasi ‘WhatsAppp’.
SERONOK: Laura (atas, kanan) menunjukka­n penyaram pandannya yang berwarna hijau, sambil seronok berbual mengenainy­a bersama rakan menerusi panggilan video applikasi ‘WhatsAppp’.
 ??  ??
 ??  ?? SEDAP: Ibu Bernadatte, Demit Lamit yang berasal dari Pelugau, Balingian menunjukka­n hasil kuih tradisiona­l, penyaram yang dimasak bersama anaknya.
SEDAP: Ibu Bernadatte, Demit Lamit yang berasal dari Pelugau, Balingian menunjukka­n hasil kuih tradisiona­l, penyaram yang dimasak bersama anaknya.
 ??  ?? SEDIA: Teresa menunjukka­n bancuhan yang disimpan dalam peti sejuk sebelum mula memasak penyaramny­a.
SEDIA: Teresa menunjukka­n bancuhan yang disimpan dalam peti sejuk sebelum mula memasak penyaramny­a.
 ??  ?? BANCUH: Bernadatte membancuh resepi penyaramny­a sambil berkongsi resepi ‘penyaram Selangau’ untuk mencabar rakanrakan yang lain.
BANCUH: Bernadatte membancuh resepi penyaramny­a sambil berkongsi resepi ‘penyaram Selangau’ untuk mencabar rakanrakan yang lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia