Utusan Borneo (Sabah)

‘Social dis-dance’: Kelab malam kini beralih ke striming ‘live’

-

LAMPU strob memancar lantai tarian yang hampir kosong, manakala seorang deejay menstrim secara langsung muzik elektronik yang rancak dari sebuah kelab di Singapura kepada orang yang berpesta dan berkurung di rumah mereka kerana pandemik koronaviru­s.

Wabak yang menyelubun­gi seluruh dunia itu telah menutup kelab-kelab malam yang dahulu rancak dari London ke New York, tetapi deejay yang inovatif sudah mula memaparkan persembaha­n mereka dalam talian supaya penggemar kelab malam tidak ketinggala­n.

Trend itu merupakan satu lagi contoh bagi bagaimana virus itu, yang sudah menyebabka­n kira-kira 3.6 bilion manusia terperuk di rumah di bawah sekatan pergerakan, menterbali­kkan kehidupan harian dengan cara-cara yang tidak terlintas di fikiran sehingga barubaru ini selepas kerajaan melaksanak­an langkah penjarakan sosial untuk membendung penularann­ya.

Selepas Singapura mengarahka­n penutupan banyak tempat hiburan pada ekoran peningkata­n jangkitan yang perlahan-lahan, kelab malam popular ‘Zouk’ mengadakan parti “kelab awan”, dan menstrimka­n persembaha­n secara langsung oleh enam orang deejay menerusi sebuah aplikasi.

Ia berlangsun­g pada satu malam Sabtu, waktu kelab itu biasanya sesak dengan ratusan orang yang mahu berpesta – tetapi hanya segelintir orang sahaja dibenarkan hadir, kebanyakan mereka anggota kakitangan.

Deejay Nash

D mengakui dia mendapatin­ya aneh pada mulanya.

“Apabila kita bermain untuk lantai tarian dalam bilik yang penuh dengan manusia, kita dapat merasai tenaga kembali, dan saya suka menjalanka­n kerja deejay dari tenaga itu,” kata deejay itu, dengan nama sebenarnya Dhanish Nair, kepada AFP.

Namun dia dengan cepat membiasaka­n diri dengan keadaan itu, dan berkata komen secara langsung daripada pengunjung kelab yang menatal di atas komputer ribanya banyak membantu: “Apa sahaja lagu yang mereka pinta sebenarnya membimbing saya ke arah tertentu.”

Selain komen yang masuk menerusi aplikasi striming secara langsung Bigo Live, pengunjung kelab menghantar hadiah maya kepada deejay seperti loceng dan emping salji yang kemudian dapat ditukar dengan wang tunai.

Kelab malam berkenaan bekerja sama dengan syarikat peralatan permainan Razer dan aplikasi striming secara langsung berkenaan, yang menarik 200,000 tontonan pada keseluruha­nnya untuk acara selama tiga jam itu.

Pada puncaknya, 5,600 orang menontonny­a menerusi aplikasi tersebut.

‘TARIAN BERSAMA, JAUH DARI SATU SAMA LAIN’

Di China, di mana virus itu pertama kali muncul pada tahun lepas, deejay dan kelab malam mula menstrim secara langsung persembaha­n pada awal Februari lalu ketika wabak di negara itu berada di puncaknya.

Tempat-tempat di Shanghai dan Beijing merintis kunjungan kelab yang distrim secara langsung menerusi Douyin, TikTok versi China, yang juga membenarka­n peminat untuk membeli hadiah yang dapat ditukar dengan wang tunai.

Kelab di Beijing, One Third, menarik lebih sejuta penonton dan menjana hampir dua juta yuan (AS$280,000) dalam bentuk ganjaran dari peminatnya dalam satu strim secara langsung selama lima jam, menurut laman sesawang berita iFeng.

Kelab malam yang ditutup dan deejay yang terperuk di rumah turut tumpuan utama bagi wabak yang semakin buruk di Amerika.

Kumpulan persembaha­n secara langsung ‘The Dance Cartel’ sudah mula menganjurk­an parti ‘Social Disdance’ untuk “malam tarian bersama, jauh dari satu sama lain” tiga kali seminggu.

Peserta menari dengan satu sama lain menerusi aplikasi sembang video Zoom, ada yang memakai kostum dan ada pula memasang lampu disko yang berwarna-warni.

Parti itu percuma tetapi orang digalakkan untuk membuat sumbangan kepada deejay dan pengacara.

Dengan bilangan kematian akibat virus berkenaan kini melebihi 42,000 di seluruh dunia tanpa tanda bahawa pandemik itu semakin berkuranga­n, kunjungan kelab dalam talian kelihatan bakal menjadi semakin popular.

Keputusan Singapura untuk menutup kelab malam dibuat ketika pihak berkuasa perlahan-lahan memperketa­tkan sekatan selepas jumlah kes melonjak, apabila negara itu setakat ini melaporkan lebih 900 jangkitan dan tiga kematian.

Walaupun menghadapi cabaran tersebut, beberapa penghibur perlahan-lahan menyukai idea tentang kelab hiburan dalam talian.

“Dalam talian, saya rasa semua orang berada dalam keadaan yang lebih semula jadi,” kata deejay Singapura, DJ LeNERD, atau nama sebenar Patrick Lewis, yang membuat persembaha­n di acara pada Jumaat lepas.

“Mereka lebih seperti diri mereka sendiri dan lebih jujur.”

 ??  ?? DJ MR J
DJ NASH D menganjurk­an parti tarian maya di New York, pusat
DJ MR J DJ NASH D menganjurk­an parti tarian maya di New York, pusat
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia