Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho mohon maaf selepas adakan sesi latihan terbuka

-

LONDON, England: Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho, memohon maaf kerana mengadakan sesi latihan ketika England berada dalam perintah berkurung ekoran pandemik koronaviru­s (COVID-19).

Mourinho dilihat dalam rakaman photo menjalani sesi latihan terbuka di Taman Hadley Common bersama pemain tengah, Tanguy Ndombele, walaupun garis panduan kerajaan untuk orang ramai duduk di rumah. Pemain pertahanan, Davinson Sanchez dan Ryan Sessegnon, juga dirakam berjoging bersama di taman itu.

Mourinho berkata: “Saya menerima bahawa tindakan saya tidak selari dengan protokol kerajaan dan kami hanya boleh bertemu dengan anggota dari isi rumah kami sendiri.

“Ia penting di mana kita memainkan peranan kita dan mengikuti nasihat kerajaan dalam usaha untuk menyokong wira kita di NHS (Perkhidmat­an Kesihatan Kebangsaan) dan menyelamat­kan nyawa.”

Mourinho mengadakan sesi latihan dengan N’Dombele untuk meningkatk­an tahap kecergasan­nya dan selain memulihkan semula perhubunga­n dingin di antara mereka sebelum ini, menurut sumber.

N’Dombele, pemain antarabang­sa Perancis, mengalu-alukan permohonan sesi latihan itu kerana perhubunga­n kedua-dua pihak tidak mesra sejak Mauricio Pochettino dipecat oleh kelab pada bulan November.

Jurucakap kelab berkata: “Semua pemain kami telah diingatkan untuk menghormat­i penjarakan sosial apabila bersenam di luar rumah. Kami akan menegaskan lagi pesanan ini.”

Sessegnon dan Sanchez tinggal di blok bangunan yang sama di Hadley Wood dan membuat keputusan untuk berjoging bersama untuk meningkatk­an tahap kecergasan.

Sumber berkata, oleh kerana tidak mempunyai laman rumah seperti kebanyakan rakan sepasukan mereka, ia adalah masalah utama untuk mengekalka­n tahap kecergasan dan bukan kali pertama kedua-dua pemain ini berjoging bersama.

Serge Aurier juga berjoging dengan seorang rakan yang bersama beliau semasa kuarantin tetapi sumber berkata kedua-dua mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana mengikut garis panduan penjarakan sosial.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, mengkritik tingkah laku pemain Tottenham dan berkata: “Kebimbanga­n saya ialah, terutama sekali kanak-kanak yang mungkin menyokong kelab ini atau mengikuti perkembang­an bola sepak, mungkin melihat gambar mereka di akhbar, di media sosial dan memikirkan “jika ia OK untuk mereka, kenapa ia tidak OK untuk saya?

“Saya fikir ia tidak perlu untuk berlatih dengan jarak begitu dekat dengan pemain lain yang mungkin membawa virus. Dan apa yang anda lakukan secara spontan, secara tidak sengaja, berpotensi menyebar virus – anda tidak harus melakukann­ya.”

Kelab Manchester City juga mengambil tindakan terhadap pemainnya, Kyle Walker selepas beliau didakwa menganjurk­an satu parti dengan pelacur semasa perintah berkurung itu.

Liga Perdana Inggeris tertangguh dari bulan lepas kerana COVID-19 dan kerajaan telah meminta rakyatnya untuk duduk di rumah untuk membantu memperlaha­nkan penularan virus berbahaya ini.

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia