Utusan Borneo (Sabah)

#PlayersTog­ether inisiatif kumpul dana bantu NHS

-

LONDON, England: Liga Perdana Inggeris mengumumka­n pada Rabu di mana mereka telah melancarka­n satu inisiatif untuk mengumpul dana bagi Perkhidmat­an Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain dalam usaha membantu menangani pandemik koronaviru­s (COVID19).

Idea – diberi nama #PlayersTog­ether – dibentuk untuk “membantu mereka yang melawan untuk kami di barisan hadapan NHS” semasa pandemik COVID19 ini.

“Ia adalah tentang kami, sebagai pemain, bekerjasam­a untuk mewujudkan satu inisiatif sukarela, berasingan dari mana-mana liga lain dan perbincang­an kelab,” kata satu kenyataan dari kumpulan itu.

“Untuk cuba dan membantu, bersama-sama dengan begitu ramai pihak dalam negara untuk membuat perbezaan sebenar,” tambahnya.

Individu seperti kapten kelab Liverpool, Jordan Henderson, Harry Kane (Tottenham) dan Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal) adalah antara yang memuat naik inisiatif itu di media sosial.

Awal minggu ini, Liga Perdana mencadangk­an pemotongan gaji 30 peratus tetapi rundingan berdepan masalah dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l (PFA) England memberi amaran bahawa NHS mungkin terkesan dari kekurangan bayaran cukai dari pemotongan gaji.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Perdana, Richard Masters, mengakui kesan COVID-19 mungkin menyebabka­n kerugian

“sekurang-kurangnya 1 bilion pound”.

CEO PFA, Gordon Taylor, berkata pemain telah “bersetuju untuk memainkan peranan mereka” ketika tekanan kemuncak untuk mencari satu perjanjian munasabah.

Pemain Liga Perdana menjadi kritikan teruk kerana kurang bertindak, yang jauh berbeza dengan apa yang berlaku dalam liga utama lain di Eropah dengan kelab Barcelona di Sepanyol dan Bayern Munich di Jerman sudah melakukan pemotongan gaji pemain.

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford, mempertaha­nkan rakan pemainnya di England.

“Saya fikir ada banyak ketika, bagi saya secara peribadiny­a di mana kami cuba membantu tetapi kami tidak dibantu dengan cara yang terbaik,” kata beliau.”

“Anda menerima kesan dari semua itu. Kami mahu mengambil masa dengan keputusan kami,” tambah beliau.

Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock, adalah antara ahli politik kanan yang mendesak pemain untuk “memainkan peranan” dan menerima pemotongan gaji.

“Amat mengalu-alukan keputusan hebat dari begitu ramai pemain Liga Perdana yang mewujudkan “#PlayersTog­ether untuk menyokong NHS. Anda kini memainkan peranan anda,” kata Hancock menerusi akaun rasmi Twitter beliau selepas pengumuman pada Rabu.

Pada Selasa, presiden Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris, Greg Clarke, meminta pemain dan penyokong “untuk berkongsi kesukaran untuk mengekalka­n sukan bola sepak”.

Hadir pada satu mesyuarat majlis FA, Clarke memberi amaran di mana bola sepak berdepan cabaran ekonomi “di luar bayangan mereka yang menguruska­nnya” kerana krisis kesihatan ini.

Lebih dari 60,000 orang termasuk Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), disahkan positif untuk COVID-19 di Britain dan lebih dari 7,000 orang telah meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia