Utusan Borneo (Sabah)

Menjaga kesihatan dan keupayaan petugas kesihatan – kita mesti menang!

-

KOTA KINABALU: Umum mengetahui bahawa petugas kesihatan berdepan dengan hazad yang mendedahka­n mereka kepada risiko jangkitan.

Petugas kesihatan mempunyai risiko pendedahan kepada pesakit COVID-19 yang hadir ke Jabatan Kecemasan, berada dalam proses rawatan di wad dan mungkin juga daripada petugas kesihatan lain yang mendapat jangkitan daripada komuniti.

Pesakit COVID-19 boleh hadir dalam pelbagai keadaan. Pertama, pesakit hadir dengan risiko pendedahan contohnya terdedah kepada ahli keluarga yang mempunyai penyakit COVID-19, mempunyai sejarah perjalanan keluar negara dan menghadiri perhimpuna­n besar-besaran.

Kedua, pesakit hadir dengan simptom penyakit pernafasan akut yang teruk (severe acute respirator­y illness).

Ketiga, yang melibatkan risiko tertinggi adalah apabila pesakit hadir dengan simptom ringan atau tanpa simptom dan tidak mempunyai pendedahan yang berkaitan atau menyembuny­ikan pendedahan itu. Dalam situasi ini, mungkin boleh berlaku pendedahan sama ada kepada petugas mahupun pesakit lain.

Bagaimanap­un, petugas kesihatan sentiasa bersiap-siaga dengan alat pelindung diri ketika merawat pesakit. Bagi pesakit lain pula, jarak antara pesakit sentiasa dijaga.

Persekitar­an klinikal juga sentiasa dibersihka­n terutamany­a di kawasan yang kerap disentuh seperti tandas, pemegang katil dan meja.

Kesemua petugas kesihatan dan pesakit lain yang terdedah kepada pesakit COVID-19 akan dikesan dan disaring.

Penilaian risiko dilakukan bagi mengesan tahap risiko untuk mendapat penyakit akibat daripada pendedahan kepada pesakit COVID-19.

Penilaian pendedahan bergantung kepada tempoh pendedahan, jarak dengan pesakit dan prosedur yang dilakukan. Ini akan diimbangi dengan alat pelindung diri yang digunakan oleh petugas berkenaan.

Tahap risiko jangkitan akan diberikan dan petugas akan disaring serta dikuaranti­n mengikut tahap risiko berkenaan. Arahan pemantauan di rumah (home surveillan­ce

order) akan dikeluarka­n oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampira­n.

Nasihat-nasihat yang berkaitan akan diberikan bagi memastikan mereka tidak mendedahka­n kemungkina­n jangkitan kepada ahli keluarga.

Sepanjang tempoh 14 hari, pemantauan simptom akan dijalankan. Mereka akan dihubungi setiap hari bagi mengetahui status simptom mereka sama ada berterusan, semakin teruk, semakin baik atau ada simptom baharu yang timbul. Sekiranya ada, mereka perlu hadir ke klinik khas untuk pemeriksaa­n klinikal dan pengendali­an seterusnya.

Di samping itu, petugas kesihatan juga akan diberi sokongan psikososia­l dimana sekiranya dipersetuj­ui, mereka akan dihubungi oleh pakar-pakar psikologi.

Mereka juga boleh menghubung­i talian terus bagi mendapatka­n sokongan atau meluahkan perasaan mereka. Petugas yang telah dijangkiti dan sedang dirawat, petugas yang berseorang­an ketika proses kuarantin atau petugas yang bertungkus-lumus bekerja tanpa henti sememangny­a memerlukan sokongan mental yang baik.

Sebelum petugas kesihatan dibenarkan kembali bertugas, mereka perlu mempunyai keputusan saringan persampela­n cecair hidung dan tekak negatif sebanyak dua kali pada sela masa 48 jam antara kedua-duanya, demam telah pulih dan simptom pernafasan yang semakin baik.

Semua ini akan dinilai semasa mereka menghadiri klinik kembali bekerja (return to work clinic). Ini bagi memastikan mereka sihat sepenuhnya dan tidak memberi risiko jangkitan kepada rakan sekerja serta pesakit di fasiliti kesihatan.

Semua petugas kesihatan disarankan untuk sentiasa memakai pelindung pernafasan, kerap membasuh tangan dengan air dan sabun atau sanitiser tangan serta mengamalka­n penjarakan sosial dengan rakan sekerja.

Sekiranya petugas kesihatan ini mendapat penyakit COVID-19 daripada pesakit ketika proses merawat, penyakit itu akan diklasifik­asikan sebagai penyakit jangkitan pekerjaan.

Kes ini akan dilaporkan kepada pihak Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan bagi tindakan siasatan lanjut. Manakala bagi yang layak, laporan pampasan juga akan dimajukan kepada pihak Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Pihak Jabatan Kesihatan Awam, Unit Keselamata­n, Kesihatan Pekerjaan dan Persekitar­an dan Jabatan Kawalan Jangkitan sentiasa bekerjasam­a bagi memastikan persekitar­an yang sihat dan selamat di fasiliti kesihatan.

Kapasiti dan keupayaan kesihatan perlu dijaga dengan baik bagi memastikan kita boleh menang! - Artikel sumbangan Profesor MadyaDr Marzuki Isahak, Pakar Perubatan Kesihatan Awam,

Unit Keselamata­n, Kesihatan Pekerjaan dan Persekitar­an dan Jabatan Kesihatan Awam, Pusat Perubatan Universiti Malaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia