Utusan Borneo (Sabah)

Dua kes baharu COVID-19 pada 22 Mei

Daerah yang melaporkan kes baharu adalah Kota Marudu dan Tawau: Dr Christina

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ingin memaklumka­n jumlah keseluruha­n kes COVID-19 untuk Sabah sehingga 22 Mei adalah sebanyak 340 dengan penambahan dua kes baharu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata, daerah yang melaporkan kes baharu adalah Kota Marudu dan Tawau.

“Kes terbaru dan yang pertama bagi daerah Kota Marudu adalah seorang pesakit yang dirujuk oleh Hospital Kota Marudu ke Hospital

Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk rawatan lanjut.

“Kes dikesan positif COVID-19 oleh HWKKS dan beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Queen Elizabeth pada hari ini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kes terbaru daerah Tawau melibatkan seorang penumpang yang tiba di Tawau melalui pesawat komersil dari Kuala Lumpur.

Katanya, pesakit itu telah ditempatka­n di Pusat Kuarantin dan sudah dimasukkan ke wad Hospital Tawau pada 21 Mei lalu.

“Punca jangkitan untuk kedua-dua kes baharu ini masih dalam siasatan pihak Pejabat Kesihatan.

“Setakat 21 Mei 2020, sejumlah 72,243 ujian telah dijalankan di Sabah. Sejumlah 1,425 ujian telah dijalankan dan terdapat tiga sampel positif di mana dua sampel untuk kes baharu dan satu sampel ulangan,” katanya.

Sementara itu katanya, pihak JKNS mendapat banyak laporan berkaitan kesesakan di tempat awam seperti pasar, restoran dan pusat beli-belah.

“Keadaan ini amat merungsing­kan kerana ia menggambar­kan sikap orang ramai ibarat peribahasa ‘rusa di hutan, kancah sudah dijerang’.

“Pihak JKNS ingin mengingatk­an orang ramai bahawa amalan yang boleh membendung wabak ini daripada berleluasa dan mengundang tragedi adalah dengan menghayati norma-norma baharu seperti mengehadka­n perjalanan, penjarakan sosial, menggunaka­n pelitup muka dan amalan hand hygiene,” katanya.

Katanya, sempena cuti perayaan ini semua pihak harus bersama-sama berganding bahu dalam usaha memutuskan jangkitan COVID-19.

 ??  ??
 ??  ?? DR CHRISTINA
DR CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia