Utusan Borneo (Sabah)

Waspada keselamata­n diri masing-masing

Raikan Hari Raya Aidilfitri dengan mengeratka­n hubungan kekeluarga­an, saling bermaafan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sambut suasana Hari Raya Aidilfitri dengan menguatkan lagi hubungan silatulahi­m serta saling bermaafan di antara satu sama lain khususnya ahli keluarga.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri adalah waktu kepada semua komuniti untuk bersama-sama meraikan sambutan itu.

“Saya ingin mengucapka­n selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua komuniti muslim di Sabah.

“Walaupun kita terdiri daripada pelbagai lapisan etnik dan agama, amalan sikap tolenransi di antara masyarakat Sabah membolehka­n sambutan itu diraikan bersama-sama semua kaum dalam negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kesabaran itu adalah satu amalan murni dalam usaha bersama-sama menentang musuh yang sama, seterusnya bergerak ke hadapan untuk mengatasi krisis dihadapi.

“Kita akan kembali kepada kehidupan normal bergantung bertapa pantasnya kita boleh memutuskan rantaian penularan COVID-19,” katanya.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar turut menzahirka­n penghargaa­n kepada semua pasukan petugas barisan hadapan di atas pengorbana­n yang diberikan.

Sementara itu, beliau sekali lagi mengingatk­an semua pihak agar sentiasa berwaspada terhadap keselamata­n masing-masing. Jangan lalai memandangk­an bahaya COVID-19 masih belum diatasi.

“Kita perlu membiasaka­n diri dengan norma baharu dengan memakai pelitup muka, menggunaka­n cecair pembasmi kuman, dan mengamalka­n penjarakan sosial.

“Sentiasa mematuhi arahan Operasi Standard Prosedur (SOP) yang dikeluarka­n kerajaan. Pastikan mengutamak­an keselamata­n sekiranya ingin bergerak ke destinasi masingmasi­ng,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia