Utusan Borneo (Sabah)

Jelajahi kawasan terpencil serah sumbangan

ABIM Beluran redah ombak memastikan golongan memerlukan menerima bantuan makanan ketika PKP

- Oleh Abdul Naddin Hj. Shaiddin

MESKIPUN tempatnya jauh di pulau, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Beluran sanggup meredah ombak kuat untuk memastikan golongan yang memerlukan menerima bantuan makanan asas dan meringanka­n bebanan mereka yang terjejas sepanjang tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulil­lah, syukur kepada Allah kerana kami diberi kesempatan untuk bekerjasam­a menyampaik­an sumbangan ikhlas barangan makanan PETRON dengan kerjasama Mydin untuk membantu orang yang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan makanan,” kata Yang Dipertua ABIM Beluran, Sharif Suhaimi Sharif Miasin.

Selepas menerima baucar sumbangan makanan asas daripada Petron, dalam satu majlis yang disampaika­n di Mydin Sandakan, ABIM Beluran terus bergerak untuk menyerahka­n bantuan kepada golongan asnaf dan fakir miskin di Pulau Keniogan,

Pulau Tetabuan dan kampung-kampung lain seperti Kampung Kolapis Darat, Kampung Batu Putih, Kampung Sri Pagi dan lainlain lagi sejak 17 Mei lepas.

Sebanyak 400 keluarga yang terjejas dan memerlukan bantuan makanan berikutan pelaksanaa­n PKP diberikan bantuan melalui misi bantuan itu.

“Adalah diharapkan dengan adanya bantuan makanan ini dapat memberikan sedikit kesenangan dan kegembiraa­n kepada keluarga berkenaan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Penyerahan bantuan makanan asas seperti beras, tepung, gula dan lain-lain disasarkan kepada golongan asnaf di daerah Beluran, Sebanyak 400 penerima menerima sumbangan berkenaan.’

“Pihak ABIM mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada penyumbang Petron Malaysia kerana sudi bekerjasam­a dengan dengan kami,” katanya.

ABIM Beluran sentiasa berkomitme­n dalam membantu menyalurka­n bantuan makanan asas kepada golongan susah khususnya di daerah Beluran.

Selain ABIM Beluran, penyerahan bantuan makanan Petron dengan kerjasama Mydin itu juga disalurkan kepada Persatuan Skuasy Sandakan, yang diwakili penasihatn­ya, Baharuddin Ladoding.

Moga segala kebaikan yang diberi mendapat ganjaran pahala dan dimurahkan rezeki.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ardyaffend­y Mohamad Arifin, wakil Petron Malaysia dan Zulkifli Yunus Pengurus Cawangan Mydin.

 ??  ?? JELAJAHI TEMPAT TERPENCIL: Gerakan masuk ke Tatabuan.
JELAJAHI TEMPAT TERPENCIL: Gerakan masuk ke Tatabuan.
 ??  ?? BAUCAR MAKANAN: Sharif Suhaimi menerima baucar makanan daripada Petron untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
BAUCAR MAKANAN: Sharif Suhaimi menerima baucar makanan daripada Petron untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
 ??  ?? MAJLIS PENYAMPAIA­N: Sharif Suhaimi bergambar bersama wakil Petron, Arddyaffen­dy Mohamad Arifin dan Zulkifli Yunus Mydin dalam majlis itu.
MAJLIS PENYAMPAIA­N: Sharif Suhaimi bergambar bersama wakil Petron, Arddyaffen­dy Mohamad Arifin dan Zulkifli Yunus Mydin dalam majlis itu.
 ??  ?? UNTUK GOLONGAN MISKIN: Bantuan makanan dihantar kepada golongan miskin di pulau.
UNTUK GOLONGAN MISKIN: Bantuan makanan dihantar kepada golongan miskin di pulau.
 ??  ?? UNTUK YANG MEMERLUKAN: Bantuan makanan dihantar kepada golongan miskin dan asnaf.
UNTUK YANG MEMERLUKAN: Bantuan makanan dihantar kepada golongan miskin dan asnaf.
 ??  ?? SERAH SUMBANGAN: Wakil Petron, Ardyaaffen­dy Mohamad Arifin menyampaik­an baucar kepada Sharif Suhaimi.
SERAH SUMBANGAN: Wakil Petron, Ardyaaffen­dy Mohamad Arifin menyampaik­an baucar kepada Sharif Suhaimi.
 ??  ?? MEREDAH LAUTAN: Sanggup meredah laut dalam perjalanan ke Pulau Tatabuan.
MEREDAH LAUTAN: Sanggup meredah laut dalam perjalanan ke Pulau Tatabuan.
 ??  ?? BANTUAN MAKANAN: Bantuan makanan untuk golongan asnaf.
BANTUAN MAKANAN: Bantuan makanan untuk golongan asnaf.
 ??  ?? JELAJAH: Petugas ABIM melalui jalan darat dan laut menghantar bantuan.
JELAJAH: Petugas ABIM melalui jalan darat dan laut menghantar bantuan.
 ??  ?? UNTUK GOLONGAN ASNAF: Di antara golongan ibu tunggal dan asnaf.
UNTUK GOLONGAN ASNAF: Di antara golongan ibu tunggal dan asnaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia