Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu terima norma baharu kehidupan: Tun Juhar

-

KOTA KINABALU: Suka atau tidak, rakyat perlu menerima norma baharu sebagai amalan dalam kehidupan.

Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin berkata budaya berjabat salam, kunjungmen­gunjungi dan aktiviti yang menghimpun­kan ramai orang untuk menyambut Aidilfitri perlu dielakkan kerana Malaysia yang turut menghadapi ujian pandemik COVID19 ketika ini masih lagi menguatkua­sakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh itu, Tun Juhar menyeru seluruh rakyat agar sentiasa berwaspada sebelum melakukan apaapa tindakan yang boleh menjejaska­n kesejahter­aan hidup masyarakat.

“Salah satu tuntutan maqasid syariah adalah menjaga nyawa maka hendaklah kita menyokong dan mengambil langkahlan­gkah perlu seperti yang disarankan oleh pihak berwajib.

“Ini termasukla­h mengamalka­n kebersihan diri serta persekitar­an, melakukan sosial distancing dan mengurangk­an aktiviti yang boleh mendatangk­an kemudarata­n nyawa orang lain tanpa kita sedari.

“Kita perlu bersabar dan istiqamah melakukan perlakuan-perlakuan norma baharu ini sehingga rantaian COVID-19 berjaya diputuskan sepenuhnya,” ujar beliau.

Bagaimanap­un katanya, dengan norma baharu itu tidak bermaksud Hari Raya perlu disambut dengan suasana muram, sebaliknya perlu diraikan dengan suasana sederhana, saling bermaafan seterusnya mengukuhka­n solidariti perpaduan kaum di negeri ini.

“Hari Raya merupakan hari kedamaian, hari untuk kita saling berlapang dada, maaf-memaafi sama ada kawan mahupun lawan dan melupakan segala buruk sangka serta salah faham sesama kita.

“Ketika kita mengalami pelbagai ujian, lagi besar atau berat ujian, lagi bertambah solidariti perpaduan kita.

“Apabila kesepaduan menjadi kedap, maka segala kepentinga­n akan terpelihar­a dan benteng akan bertambah kukuh untuk menolak semua bentuk fitnah mahupun provokasi yang datang dari pelbagai arah,” jelasnya.

Dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020M di Istana Negeri, hari ini, Tun Juhar turut mengajak umat Islam untuk merenung hikmah daripada ibadah puasa yang dikerjakan dalam tempoh PKP.

Tambah beliau, Ramadan yang sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya sesungguhn­ya dapat mentarbiah diri untuk menjadi individu muslim yang sentiasa bersemanga­t positif, saling berkasih sayang dan mengukuhka­n institusi kekeluarga­an.

Ketika menyampaik­an perutusan tersebut di Istana Negeri, Tun Juhar turut merakamkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri sambil menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Kerajaan Sabah, semua petugas barisan hadapan serta penjawat awam yang telah menjalanka­n tugas mereka dengan penuh dedikasi sepanjang perjuangan menentang wabak COVID-19. — Penerangan

 ??  ?? PATUHI SOP: Tun Juhar ketika menyampaik­an Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020M.
PATUHI SOP: Tun Juhar ketika menyampaik­an Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia