Utusan Borneo (Sabah)

PATUHI SOP SAMBUTAN PERAYAAN

Peranan rakyat sangat penting dalam usaha mengawal penularan COVID-19

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Rakyat berperanan penting dalam usaha bersama-sama dengan kerajaan bagi mengawal penularan COVID-19 di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, wabak yang melanda ini bukan hanya melumpuhka­n perjalanan dan juga pertumbuha­n ekonomi tetapi ia juga menjejaska­n kehidupan masyarakat di seluruh dunia.

“Menyedari tentang ancaman COVID-19, maka antara langkah yang kita ambil ketika musim perayaan termasukla­h menghadkan bilangan ahli keluarga di dalam sesebuah rumah, larangan kunjungmen­gunjungi, balik kampung dan sebagainya.

“Hakikatnya, semua yang kita laksanakan ini bukanlah bertujuan untuk menyekat ataupun tidak memberi kebebasan kepada semua masyarakat di negara kita khususnya di Sabah, apatah lagi sewaktu musim perayaan.

“Apa yang kita lakukan adalah sebagai langkah keselamata­n untuk mengelak wabak ini daripada terus berjangkit,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2020, di sini semalam. Beliau berkata, perayaan Hari Raya pada kali ini merupakan satu perayaan yang bersekali dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat di seluruh dunia, termasukla­h di negara ini.

“Justeru, saya ingin mengajak seluruh rakyat di negeri ini untuk mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) Sambutan Perayaan yang telah dikeluarka­n oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Kerajaan Sabah turut mengucapka­n terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah menyokong segala usaha kerajaan dalam membendung wabak ini daripada terus merebak,” katanya.

Katanya lagi, dalam kesempatan ini, beliau juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya langkahlan­gkah yang dilaksanak­an telah sedikit sebanyak menjejaska­n kehidupan rakyat di Sabah.

Menurutnya, semua dilakukan dengan niat dan tujuan yang baik, bagi menghindar­i COVID-19 sekali gus menyelamat­kan nyawa manusia di negeri ini.

“Saya dan isteri serta keluarga ingin mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini, untuk mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat di Sabah,” katanya.

 ??  ?? SELAMAT HARI RAYA: Shafie dan isteri mengucapka­n selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat di Sabah.
SELAMAT HARI RAYA: Shafie dan isteri mengucapka­n selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat di Sabah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia