Utusan Borneo (Sabah)

Dua lokasi tanah perkuburan dikawal polis

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Dua lokasi tanah perkuburan akan dikawal oleh pihak polis dalam memastikan tiada aktiviti ziarah kubur pada sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelakka­n penularan wabak COVID19.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata dua lokasi tanah perkuburan yang dikawal oleh pihaknya iaitu Tanah Perkuburan Islam Kampung Sim-Sim dan Tanah Perkuburan Islam Jalan Aman.

“Ekoran kedua tapak tanah perkuburan itu di tepi jalan raya, pihaknya akan pastikan tiada berlaku kesesakan lalu lintas di jalan raya berkenaan sehingga menyebabka­n kesukaran pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi taklimat kepada ketuaketua kampung dan ketua anak negeri di daerah Sandakan berhubung tiada aktiviti ziarah kubur pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Mohd Azhar yang juga Timbalan Pengerusi Operasi Bencana Daerah Sandakan menegaskan pihaknya juga akan pastikan tiada aktiviti menziarahi kubur di 43 tanah perkuburan termasuk tanah perkuburan di pulau-pulau di daerah Sandakan.

Beliau berkata taklimat ini diadakan adalah untuk memastikan ketua-ketua kampung dan ketua anak negeri ini dapat menyampaik­an mesej kepada penduduk kampung berhubung arahan tidak dibenarkan menziarahi kuburan dan tiada solat Aidilfitri di masjid atau surau di sekitar daerah ini.

“Operasi penguatkua­saan pasukan pemantau terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), KKM, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan akan sentiasa membuat pemantauan di tanah-tanah perkuburan Islam bagi memastikan arahan PKPB dipatuhi oleh masyarakat setempat,” katanya.

Mohd Azhar menasihati masyarakat Islam di daerah ini dapat bersabar dan supaya mematuhi larangan yang dibuat oleh kerajaan bagi memutuskan penularan wabak COVID19.

 ??  ?? MOHD AZHAR HAMIN
MOHD AZHAR HAMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia