Utusan Borneo (Sabah)

Rokok tidak berkastam bernilai RM363,364 dirampas dalam Ops Supply Raya

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas sejumlah rokok tidak berkastam bernilai RM363,364 dengan jumlah cukai RM1,288,504.60 berjaya dirampas dalam beberapa siri serbuan dalam Ops Supply Raya 2020 di Tawau.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah Datuk Abdullah Jaapar berkata serbuan dilaksanak­an Pasukan Operasi Penguatkua­saan pada 24 April sehingga 25 Mei.

“Serbuan pertama berjaya dilakukan di kawasan pesisir pantai Batu 3 Jalan Apas Tawau pada jam 8 malam 9 Mei lalu, serbuan ini berjaya merampas sejumlah rokok dipercayai tidak berkastam bernilai RM71,944 membabitka­n nilai cukai RM244,609.60.

“Seminggu selepas itu pasukan serbuan sekali lagi berjaya merampas sejumlah rokok bernilai RM242,900 dengan jumlah cukai RM867,479 di sebuah rumah Kampung Sri Aman Batu 3 Jalan Apas kira-kira jam 4.30 pagi 15 Mei lalu,” katanya.

Menurutnya tangkapan ketiga turut dijalankan pada hari sama kira-kira jam 7.10 malam di Taman Sawit Jalan Apas selepas kumpulan serbuan berjaya mengesan bungkusan mencurigak­an di bawah jejantas.

“Rokok pelbagai jenis dan jenama itu dirampas selepas dipercayai tidak berkastam dengan membabitka­n nilai RM12,520 dan jumlah cukai sebanyak RM47,056.

“Kira-kira jam 3 pagi dua hari kemudian, kita sekali lagi berjaya merampas rokok bernilai RM36,000 yang membabitka­n cukai sebanyak RM129,360 di Batu 3 Jalan Apas,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman denda 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000.00 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih tinggi atau boleh dipenjarak­an selama tempoh tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai diminta menyalurka­n maklumat dan bersama-sama memerangi jenayah penyeludup­an khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan lain-lain serta tidak membabitka­n diri dengan aktiviti tersebut dengan menghubung­i Talian Bebas

Tol Kastam 1-800-888855, laman sesawang aduan awam iaitu http:// aduan.customs.gov.my atau Pejabat Kastam yang terdekat. Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiaka­n,” katanya.

 ??  ?? TIDAK BERKASTAM: Rokok tidak berkastam bernilai RM363,364 dengan jumlah cukai RM1,288,504.60 berjaya dirampas dalam beberapa siri serbuan dalam Ops Supply Raya 2020 di Tawau.
TIDAK BERKASTAM: Rokok tidak berkastam bernilai RM363,364 dengan jumlah cukai RM1,288,504.60 berjaya dirampas dalam beberapa siri serbuan dalam Ops Supply Raya 2020 di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia