Utusan Borneo (Sabah)

Diskaun 28 peratus untuk pengguna domestik RM500 ke bawah

-

KOTA KINABALU: Pemberian diskaun sebanyak 28% ke atas bil elektrik di bawah Pakej Bantuan COVID-19 oleh Kerajaan Negeri Sabah hanya diberikan kepada pengguna domestik dengan bil penggunaan bulanan RM500 dan ke bawah sahaja.

Diskaun ini khususnya untuk membantu isi rumah berpendapa­tan rendah dan sederhana yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Pemberian diskaun 28% ini adalah bagi penggunaan elektrik bermula pada 1 April 2020 sehingga 30 Jun 2020. Dengan diskaun 2% daripada Kerajaan Persekutua­n, pengguna berkenaan menikmati diskaun sejumlah 30% dalam tempoh tersebut.

Manakala pengguna domestik dengan bil penggunaan bulanan melebihi jumlah RM500 hanya layak menerima diskaun sebanyak 2% dan pengiraan diskaun ini adalah bagi penggunaan elektrik bermula pada 1 April 2020 sehingga 30 September 2020.

Justeru itu, untuk bil elektrik bulan April, 2020 yang meliputi penggunaan elektrik dari bulan Mac 2020 sehingga April 2020, diskaun akan dikira secara prorata bagi penggunaan dalam bulan April 2020 saja. Sebagai contoh untuk kitaran bil bermula pada bulan 10 Mac 2020 hingga 10 April, 2020, diskaun hanya layak diberikan dalam tempoh 1-10 April sahaja.

Pemangku Pengarah Urusan SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid menjelaska­n bahawa setakat ini, lebih 80% pengguna domestik telah diberikan diskaun sebanyak 28% daripada Kerajaan Negeri Sabah membabitka­n kos lebih kurang berjumlah RM16 juta pada bil elektrik untuk tempoh 1 April, 2020 sehingga 21 Mei 2020.

Di samping itu juga, pemberian diskaun sebanyak 2% kepada pengguna domestik oleh Kerajaan Persekutua­n membabitka­n kos lebih kurang RM1.2 juta setakat ini. Ini tidak termasuk pemberian diskaun sebanyak 2% kepada pengguna komersil dan industri dan 15% kepada industri pelanconga­n yang berjumlah RM2.6 juta.

Beliau menjelaska­n bahawa pihak SESB terpaksa mengeluark­an bil secara anggaran sebagai kaedah interim sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 16 April 2020 kerana pembacaan meter di tapak tidak dibenarkan sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19. Setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa, pembacaan dan pengebilan di tapak telah disambung semula pada 17 April 2020 untuk mengelak atau mengurangk­an pengebilan secara anggaran yang tidak tepat yang kelak akan menimbul kesulitan kepada pengguna.

Setelah melaksanak­an pembacaan jangka di tapak, SESB akan membuat pelarasan kepada semua bil-bil anggaran bagi mendapatka­n jumlah bil yang tepat.

Selain itu juga, kelayakan untuk diskaun 28% turut dikira secara pro-rata berdasarka­n bilangan hari dalam bil tersebut yang termasuk dalam tempoh pemberian diskaun. Oleh itu, pengguna tidak perlu risau bahawa bil anggaran yang dikeluarka­n SESB tidak tepat, pihak SESB tercaj dua kali bagi sesuatu tempoh atau mereka tidak mendapat diskaun 28% akibat tempoh bil yang panjang.

Beliau turut menjelaska­n bahawa kenaikan bil elektrik secara melipat ganda yang dialami oleh ramai pengguna pada masa kini adalah disebabkan oleh penggunaan elektrik yang lebih semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020.

Jika sebelum arahan perintah kawalan pergerakan dikeluarka­n, kebanyakan rumah adalah kosong di siang hari, kini rumah menjadi tempat untuk berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti tidak kira waktu, ini kerana arahan “Duduk Rumah”.

Sudah semestinya dengan hanya menetap di rumah, tidak kira dewasa atau kanak-kanak pastinya akan menggunaka­n tenaga elektrik lebih daripada kebiasaan.

Menurut beliau, terdapat perubahan terhadap trend beban pengguna yang direkodkan dalam sistem grid SESB di mana penggunaan domestik telah melonjak dari kebiasaan iaitu sekitar lebih 50%.

“Oleh yang demikian, penggunaan elektrik yang digunakan secara berlebihan mengakibat­kan bil bulanan pengguna bertambah dari 35% ke 100%, malahan ada yang lebih daripada 100%” katanya.

Abdul Nasser berkata pengguna perlu sedar tentang cara penggunaan elektrik mereka sewaktu “Duduk Rumah” yang perlu diubah suai untuk mengelak bil melambung naik.

Secara umumnya, penggunaan tenaga elektrik di rumah dapat dikurangka­n apabila kita dapat mengamalka­n penjimatan elektrik seperti berikut;

Gunakan barang elektrik yang perlu saja.

Mengurangk­an penggunaan peralatan elektrik yang mempunyai elemen pemanasan seperti cerek elektrik, seterika, pot pemanas air atau ketuhar yang menggunaka­n tenaga yang banyak ketika proses pemanasan peralatan tersebut.

Penggunaan suhu pendingin hawa ditetapkan pada 24 darjah Celsius dan alat pendingin hawa ditutup sekiranya tiada orang di bilik atau ruang tamu berkenaan.

Jangan kerap membuka pintu peti sejuk di rumah.

Tutup suis alatan elektrik jika tidak digunakan seperti alat pengecas telefon bimbit, komputer riba, televisyen, microwave dan lain lain.

Memastikan penggunaan mesin basuh dengan muatan maksimum.

“Itu adalah beberapa cara yang dapat dikongsi untuk menjimatka­n penggunaan elektrik seharian di rumah anda ketika ini dan secara langsung anda juga dapat mengurangk­an jumlah bil elektrik bulanan anda. Jika bil anda dapat dihadkan di bawah RM500 sebulan, anda dapat penjimatan daripada diskaun 28% lagi,” kata Abdul Nasser.

Manakala itu, Abdul Nasser turut memaklumka­n bahawa SESB telah pun membuka Kaunter Perkhidmat­an Pengguna bermula pada 11 Mei, 2020 di semua pejabat SESB seluruh Negeri Sabah dan W.P. Labuan dengan mengehadka­n kepada 50 peratus kapasiti anggota kerja buat masa ini sehingga tempoh PKP tamat. Oleh itu, beliau menasihati pengguna untuk berkunjung ke pejabat SESB sekiranya menghadapi masalah berkaitan perkhidmat­an SESB.

Pengguna yang mempunyai pertanyaan mengenai diskaun bil elektrik boleh menghubung­i bilik gerakan SESB melalui talian 088-222313, 223313 dan 224313 atau melalui aplikasi WhatsApp 019- 852 5427.

Selain itu pengguna juga boleh mengajukan pertanyaan kepada bilik gerakan khas berkenaan dengan isu-isu bil atau perkhidmat­an pelanggan melalui e-mel komersil@sesb.com.my

Bilik gerakan ini akan beroperasi pada waktu bekerja iaitu bermula pada jam 8 pagi dan tamat pada jam 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat pada hari bekerja. Manakala pengguna boleh menghubung­i SESB Careline 15454 selepas waktu pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia