Utusan Borneo (Sabah)

52 keluarga asnaf di Kampung Otentik dapat perhatian

- Oleh Hamzah Sanudin

SERAMAI 52 keluarga asnaf di Kampung Otentik mendapat perhatian dan bantuan daripada Urusan Ulama PAS Kawasan Kalabakan, di sini.

Misi bantuan itu turut mendapat kerjasama daripada Ameerah Kalabakan dan Majlis Permuafaka­tan PIBG SRI Tahfiz Nadi Al Baghdadi Tawau.

Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Kalabakan, Ustaz Roslan Ramli berkata Ramadan tahun ini disambut dengan suasana yang sangat berbeza ekoran penularan pandemik wabak COVID-19 dan telah memberi kesan kepada seluruh dunia termasuk negara kita.

“Ramai penduduk termasuk golongan asnaf terjejas dan ada dikalangan mereka yang hilang punca pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

“Oleh itu, kami terpanggil untuk turun padang membantu mereka yang terjejas supaya dapat mengurangk­an beban yang ditanggung serta memberikan sinar kegembiraa­n kepada mereka,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah SRI Tahfiz Nadi Al Baghdadi Tawau berkata pihaknya telah melancarka­n tabung kutipan sumbangan asnaf sejak awal Ramadan lagi.

“Tabung itu diaktifkan untuk membantu golongan yang memerlukan dan melalui sumbangan yang diterima, kami membeli barang-barang keperluan seperti beras, mee kering, minyak masak dan tepung diagihkan kepada golongan asnaf.

“Kami menjalanka­n program edaran tersebut secara berperingk­at di kawasan Tawau dan Kalabakan kerana pergerakan yang terbatas disebabkan PKP,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 700 pek bekalan makanan sudah disampaika­n oleh Ustaz Roslan sepanjang misi bantuan Ramadan itu.

Ustaz Roslan juga turut menyampaik­an tazkirah dan bacaan doa semasa sesi agihan dilakukan supaya penerima bukan sahaja menerima bantuan makanan tetapi mereka juga menerima santapan rohani.

Beliau juga mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua terlibat terutamany­a penyumbang yang menjayakan misi bantuan kali ini.

Turut hadir menyampaik­an sumbangan Timbalan Ameerah kawasan Kalabakan, Asikin Ahmad dan kakitangan SRI tahfiz Nadi Al-Baghdadi.

 ??  ?? BANTUAN: Ustaz Roslan (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada warga emas.
BANTUAN: Ustaz Roslan (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada warga emas.
 ??  ?? MISI: Ustaz Roslan bersama petugas yang terlibat dalam misi bantuan tersebut.
MISI: Ustaz Roslan bersama petugas yang terlibat dalam misi bantuan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia