Utusan Borneo (Sabah)

MPN PKR melantik pemimpin baharu isi kekosongan cabang

Lantikan melibatkan lapan cabang susulan pemecatan, keluar parti

- Oleh Agnes Tugong

“Mesyuarat MPN PKR Sarawak dimaklumka­n kekosongan jawatan yang ditinggalk­an beberapa pemimpin cabang yang dipecat atau keluar parti dan diganti dengan pemimpin baharu ” yang lebih setia kepada parti.

Abun Sui Anyit

Ketua Penerangan dan Komunikasi PKR Sarawak

KUCHING: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Sarawak (PKR) melantik beberapa pemimpin cabang baharu bagi mengisi kekosongan jawatan susulan pemecatan atau keluar parti.

Ketua Penerangan dan Komunikasi PKR Sarawak Abun Sui Anyit berkata, pelantikan dibuat oleh Pengerusi PKR Sarawak melibatkan lapan cabang iaitu Lubok Antu, Puncak Borneo, Bandar Kuching, Betong, Sibu, Tanjong Manis, Lawas dan Sri Aman.

Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang dilantik sebagai pemimpin cabang Lubok Antu, John Jeffrey (Puncak Borneo), Dominique Ng Kim Hoe (Bandar Kuching), Noel Changgai Bucking (Betong), Robert Liam Chim Chuang (Sibu), Upom Uget (Tanjong Manis), Japar Suyut (Lawas) dan Tay Wei Wei (Sri Aman).

“Mesyuarat MPN PKR

Sarawak dimaklumka­n kekosongan jawatan yang ditinggalk­an beberapa pemimpin cabang yang dipecat atau keluar parti dan diganti dengan pemimpin baharu yang lebih setia kepada parti.

“Mereka yang dilantik ini akan membantu menyelaras dan bekerjasam­a dengan ahli jawatankua­sa (AJK) cabangcaba­ng yang memerlukan,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Abun berkata kejatuhan kerajaan Pakatan

Harapan (PH) pada 23 Februari lepas akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia.

Susulan itu, PKR sebagai parti tunjang kerajaan PH sebelum ini secara langsung terjejas kerana kehilangan 11 kerusinya.

Biarpun demikian katanya, dalam tempoh dua bulan sejak kejatuhan PH dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, permohonan keahlian baharu terus diterima.

“Walaupun ada pihak yang mendakwa kononnya PKR semakin hancur di Sarawak, perkara ini adalah tidak benar kerana keahlian PKR Sarawak adalah kedua tertinggi di seluruh negara selepas Selangor.

“Justeru, PKR Sarawak menyeru kepada semua kepimpinan cabang dan ahliahli terutama di Sarawak agar tidak terpengaru­h, terhasut dan terpesong oleh khabar angin daripada anasir-anasir jahat pihak luar,” katanya.

 ??  ?? ABUN
ABUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia