Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP Cawangan Bintulu pantau pematuhan SHMMP Hari Raya Puasa

-

BINTULU: Pegawai penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu melakukan pemeriksaa­n ke atas bekalan dan harga barang terkawal di beberapa pasar raya di sini, semalam.

Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Bintulu Nazari Hassan berkata, ia bertujuan memastikan tiada peniaga menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa.

Selain itu katanya, peniaga perlu meletakkan tanda harga merah jambu yang menunjukka­n harga dan gred barang terkawal, memastikan bekalan barangan mencukupi di pasaran dan mengguna alat timbang dan sukat yang telah ditentusah­kan.

“Sejumlah 19 barang diletakkan di bawah harga terkawal iaitu ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu import, telur ayam gred A, gred B dan gred C, kelapa biji, kelapa parut, tomato, kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), cili merah, bawang besar (China), bawang besar (Holland), ubi kentang import (China), cili kering, kacang tanah, ikan kembung termasuk ikan mabung (berat 7 hingga 10 ekor setiap kilogram) dan ikan selayang (berat 7 hingga 10 ekor setiap kg),” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Nazari berkata, peniaga yang gagal mematuhi Akta Kawalan Harga Dan Antipencat­utan 2011 untuk kesalahan individu boleh dikompaun RM1,000 bagi yang gagal meletak tanda harga, menjual atau menawarkan untuk menjual barangan harga terkawal selain mengikut harga maksimum untuk peruncit boleh dikenakan kompaun RM2,500 dan pemborong boleh dikompaun RM25,000.

Manakala, kesalahan untuk syarikat atau perbadanan pula adalah kompaun RM2,000 sekiranya gagal meletak tanda harga, menjual atau menawarkan untuk menjual barangan harga terkawal selain mengikut harga maksimum untuk peruncit boleh dikenakan kompaun RM5,000 dan pemborong dikompaun RM50,000, tambahnya.

Pertanyaan lanjut dan aduan boleh dibuat di KPDNHEP Cawangan Bintulu, Jalan Tun Razak dengan menghubung­i talian 086332176 atau faks 086-338252 atau Pusat Informasi dan Gerakan Strategik (PIGOS) di talian 03-88826088/6245.

Selain itu aduan juga boleh dikemukaka­n ke portal e-aduan kpdnhep iaitu https://eaduan.kpdnhep. gov.my/, Talian Bebas Tol (1-800-886-800), e-mel(eaduan@kpdnhep.gov.my), Ez ADU KPDNHEP (Aplikasi Telefon Pintar) atau WhatsApp KPDNHEP (019-2794317).

 ??  ?? PERIKSA: Para pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Bintulu semasa membuat pemeriksaa­n bekalan dan harga barang terkawal di sebuah pasar raya di Bintulu semalam.
PERIKSA: Para pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Bintulu semasa membuat pemeriksaa­n bekalan dan harga barang terkawal di sebuah pasar raya di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia