Utusan Borneo (Sabah)

DBNA Sarikei hulur sumbangan wang tunai kepada ahli cawangan

-

SARIKEI: Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Sarikei menghulurk­an sumbangan wang tunai kepada semua ahli di cawangan tersebut, semalam.

Pemangku Pengerusi DBNA Sarikei,Thomson Jutis berkata, setiap ahli berdaftar DBNA Sarikei akan menerima sumbangan tersebut yang bertujuan meringanka­n beban mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakka­n (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Hingga kini terdapat seramai 45 ahli DBNA Sarikei yang telah tersenarai akan menerima sumbangan ini.

“Pada mulanya, pihak jawatankua­sa DBNA telah bercadang untuk menyalurka­n barangan berupa bahan keperluan harian kepada ahli-ahli yang terlibat.

“Namun disebabkan kekangan tenaga dan faktor sampingan lain, pihak jawatankua­sa sebulat suara untuk menukar cadangan tersebut kepada sumbangan wang tunai.

“Oleh itu, kita telah memutuskan untuk memberikan wang tunai berjumlah RM50 kepada setiap ahli yang layak,” katanya.

Menurut Thomson, sumber kewangan yang dimanfaatk­an untuk memberi bantuan kepada ahli-ahli terbabit adalah dari akaun DBNA Sarikei yang dikumpul sebelum ini.

Tambahnya, bagi ahliahli yang mudah dihubungi, sumbangan tersebut telah disampaika­n secara terus kepada mereka oleh pihak jawatankua­sa.

“Sementara itu, bagi ahliahli yang kini sedang berada atau bertugas di luar daerah Sarikei, kita akan berusaha untuk memasukkan wang terbabit kepada akaun mereka secara berperingk­at dan kita akan menghubung­i ahli-ahli DBNA Sarikei yang layak secara terus.

“Sehubungan itu, jika terdapat keciciran berlaku, kita memohon ahli-ahli DBNA Sarikei untuk menghubung­i jawatankua­sa atau saya sendiri menerusi talian 010 8020191 untuk tindakan selanjutny­a,” jelasnya.

Tambah Thomson, beliau bersama pihak jawatankua­sa DBNA Sarikei berharap semua ahli yang layak akan menerima sumbangan itu sebelum 29 Mei.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Thomson (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ahli DBNA Sarikei.
RINGANKAN BEBAN: Thomson (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ahli DBNA Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia