Utusan Borneo (Sabah)

SHMMP pastikan harga barangan terpilih terkawal

-

KAPIT: Kerajaan menerusi Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP) prihatin terhadap isu kenaikan kos sara hidup dan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menstabilk­an harga barangan.

Pegawai KPDNHEP Kapit Al Redzamani Abdul Razak berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), KPDNHEP turut menguatkua­sakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak 2020.

Menurutnya, ia bertujuan untuk memastikan harga barangan terpilih terkawal dengan penetapan harga siling.

“Saya ingin mengingatk­an peniaga dan peruncit supaya mematuhi peraturan bagi memastikan harga yang adil untuk kepentinga­n semua. Saya juga mengingatk­an penguat kuasa KPDNHEP di lapangan untuk memantau penawaran, permintaan dan kawalan harga.

“Orang ramai boleh melaporkan jika terdapat manamana peniaga yang didapati tidak mematuhi SHMMP,” ujarnya.

Menurut Redzamani, aduan boleh dibuat menerusi talian hotline di 1-800-886800 atau Portal e-aduan di http: // e-aduan. kpdnhep. gov.my atau dalam talian di WhatsApp 019-2794317 atau kunjungi pejabat kementeria­n.

Terdahulu, KPDNHEP telah mengumumka­n senarai barangan terpilih SHMMP Hari Raya Puasa dan Gawai Dayak 2020.

SHMMP Hari Raya Aidilfitri 2020 telah bermula pada 20 Mei hingga 3 Jun depan dengan sembilan jenis barangan disenaraik­an.

Antaranya ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu import, telur ayam gred A,B dan C, kelapa biji di peringkat pemborong dan kelapa parut di peringkat peruncit.

Manakala, SHMMP Hari Gawai Dayak berkuat kuasa mulai 28 Mei hingga 3 Jun dengansepu­luhjenisba­rangan yang disenaraik­an.

Ayam hidup, ayam standard, ayam super, kepak ayam, ayam tua, telur ayam gred A,B dan C, daging babi (perut), dan daging babi (daging dan lemak) adalah barangan tersenarai.

 ??  ?? PATUH ARAHAN: Redzamani ketika mengumumka­n SHMMP Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak 2020 di Kapit.
PATUH ARAHAN: Redzamani ketika mengumumka­n SHMMP Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak 2020 di Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia