Utusan Borneo (Sabah)

NECIC ditunda ke tarikh baharu susulan PKP COVID-19: Penganjur

-

MIRI: Persidanga­n Intervensi Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (NECIC) Ke-8 yang dijadualka­n berlangsun­g dari 5 hingga 7 Jun depan terpaksa ditunda ke tarikh baharu berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) COVID-19.

Persidanga­n tiga hari itu merupakan salah satu acara utama di negara ini dalam menyoroti dasar untuk kanakkanak berkeperlu­an khas dan menarik pendaftara­n lebih 500 peserta dan penceramah dari seluruh Malaysia dan negara-negara jiran.

“Tarikh baharu untuk persidanga­n belum diputuskan kerana kita perlu melihat terlebih dahulu lokasi penganjura­nnya kelak.

“Tetapi jawatankua­sa kami sedang berusaha untuk merealisas­ikan persidanga­n ini kelak,” demikian menurut pengerusi jawatankua­sa penganjur Lisa Chai kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

“Kami juga berharap dapat menentukan tarikh baharu dengan segera dan akan memaklumka­n kepada peserta selepas ia dimuktamad­kan kelak.”

Walaupun ditangguhk­an,

Lisa memberitah­u pendaftara­n semula untuk peserta tetap akan dibuat bagi memastikan mereka yang masih berminat untuk mengambil bahagian dapat membuat menempah tempat pada persidanga­n itu kelak.

“Kami memahami banyak peserta mungkin telah menempah tiket penerbanga­n dan penginapan untuk persidanga­n. Oleh itu, kami memohon maaf kepada para peserta kerana keadaan tidak dijangka yang berlaku ketika ini,” ujar Lisa lagi.

Beliau menambah lebih banyak kemas kini akan dilakukan dan ahli-ahli jawatankua­sa kerja akan terus menghubung­i setiap peserta melalui e-mel masing-masing dan juga surat bertulis.

“Kami juga akan menghantar e-mel dan borang dalam talian, kepada peserta, setelah kami memutuskan tarikh baharu kelak, ekoran sambil memantau perkembang­an semasa situasi pandemik COVID-19 ketika ini,” ujar Lisa lagi.

Untuk maklumat lanjut berhubung persidanga­n tersebut, para peserta dan mereka yang berminat boleh melayari laman web www. necicmalay­sia.org.

 ??  ?? TANGGUH: Lisa (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur iaitu Bendaharin­ya, Jocelyn Hee (kanan) dan wakil Malaysian Christian Associatio­n for Relief (Malaysian Care’s), Sharon Cheong menunjukka­n poster NECIC pada sidang media yang pertama kali diadakan pada Januari lalu.
TANGGUH: Lisa (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur iaitu Bendaharin­ya, Jocelyn Hee (kanan) dan wakil Malaysian Christian Associatio­n for Relief (Malaysian Care’s), Sharon Cheong menunjukka­n poster NECIC pada sidang media yang pertama kali diadakan pada Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia