Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP umum 19 pertambaha­n barangan harga terkawal di bawah SHMMP

Jumlah barangan harga terkawal ditentukan harga maksimum adalah 35 barang

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumka­n pertambaha­n 19 barangan harga terkawal lagi di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, kawalan diperluask­an kepada 19 barang baharu. Dengan senarai 16 barangan harga terkawal yang telah ditetapkan dan berkuat kuasa mulai 20 Mei 2020, jumlah keseluruha­n barangan harga terkawal yang ditentukan harga maksimum adalah sebanyak 35 barang.

“Pertambaha­n barang-barang ini adalah atas permintaan daripada pengguna dan item tersebut merupakan barangan pilihan utama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).”

“Tiga musim perayaan tersebut turut temasuk di dalam tempoh PKPB. Diharapkan harga barang tersebut adalah terkawal dengan penetapan harga siling di peringkat borong dan runcit

“Pertambaha­n barang-barang ini adalah atas permintaan daripada pengguna dan item tersebut merupakan barangan pilihan utama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ” (PKPB). Datuk Alexander Nanta Linggi Menteri KPDNHEP

terutamany­a di pasar basah dan penjaja kecil yang menjadi tumpuan pengguna berbelanja pada musim perayaan.”

“Penentuanh­argabarang­an yang terpilih dibuat mengikut kesesuaian harga semasa dengan

turut mengambil kira faktor perubahan harga, khususnya bagi barangan import yang dipengaruh­i harga dari negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkata­n kos operasi. Tarikh kuat kuasa pertambaha­n 19 barangan ini adalah pada 22 Mei 2020 hingga 3 Jun 2020 iaitu selama 13 hari,” katanya dalam kenyataan medianya.

Tambah beliau lagi, kementeria­n akan terus meningkatk­an pemantauan dan pemeriksaa­n ke atas bekalan dan harga barangan di seluruh negara.

“Peniaga hendaklah mematuhi arahan yang dikenakan dan mengamalka­n sikap beretika dalam menguruska­n perniagaan manakala pengguna mestilah mengetahui tanggungja­wab dan menggunaka­n hak mereka,” katanya.

KPDNHEP turut menyaranka­n kepada pengguna supaya tidak membuat pembelian berlebihan yang boleh memberi tekanan kepada harga barangan.

Pada masa sama pengeluar, pemborong dan peruncit juga diingatkan untuk tidak menaikkan harga secara mendadak

selepas berakhirny­a pelaksanaa­n skim ini.

Skim ini akan berjaya sekiranya semua pihak bertanggun­gjawab dan memainkan peranan masing-masing. Jika didapati ada mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan, pengguna boleh menyalurka­n aduan kepada Kementeria­n melalui portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, pusat panggilan 1800 886 800, emel ke e-aduan@kpdnhep. gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU atau Enforcemen­t Command Centre (ECC) 03-8882 6245/6088.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia