Utusan Borneo (Sabah)

Hari Raya secara tanpa tunai dan tanpa sentuh bersama Touch ‘n Go eWallet

-

KUALA LUMPUR: Raikan Hari Raya secara tanpa tunai dan tanpa sentuh, selari dengan norma baharu kini bersama Touch ‘n Go eWallet, yang membawakan Raya Sempoi 2.0.2.0. dengan ganjaran yang #lebihbanya­kekstra!

#lebihbanya­kekstra adalah janji Touch ‘n Go eWallet pada tahun 2020 ini untuk memberi ganjaran kepada pengguna melalui lebih banyak nilai dan faedah kerana telah membuat pilihan untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat tanpa tunai di Malaysia. Dengan pilihan barang runcit, peralatan elektronik, makanan, produk kesihatan, tambah nilai telefon mudah alih dan banyak lagi, Raya Sempoi 2.0.2.0 merangkumi semua keperluan utama musim raya.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata, kami mahu rakyat Malaysia menikmati pemberian #lebihbanya­kekstra Touch ‘n Go eWallet yang ditawarkan dengan selamat sambil mendapat lebih banyak penjimatan untuk keperluan raya mereka.

“Kami juga berasa rendah hati kerana dapat melakukan perbezaan dari segi pembayaran zakat fitrah melalui Zakat Selangor bagi membantu kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.”

“Disebabkan keperluan transaksi tanpa tunai pada masa kini, ciri Pindahan Duit Raya adalah jawapan terbaik untuk memberi dan menerima ‘Duit Raya’ daripada orang tersayang, pada bila-bila masa, di mana sahaja mereka berada, secara selamat,”

“Pada masa sama, selepas setiap pindahan ‘Duit Raya’ dilakukan, pengguna boleh menikmati ganjaran pulangan tunai sehingga RM300.”

“Tambahan pula, pengguna boleh terus menikmati Pulangan Tunai e-Baucar dengan MyRewards oleh Touch ‘n Go eWallet setiap kali melakukan transaksi menggunaka­n aplikasi,”katanya.

Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan juga Google Play Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia