Utusan Borneo (Sabah)

CAP gesa bedak talkum dan produk berasaskan talkum diharamkan

-

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementeria­n Kesihatan (KKM) mengharamk­an bedak talkum dan produk berasaskan talkum di Malaysia.

Presidenny­a, Mohideen Abdul Kader berkata komponen utama di dalam bedak talkum ialah magnesium silicate hydroxide (yang dikenali umum sebagai bedak talkum) pembawa bahan toksik yang boleh menyebabka­n tumor dalam ovari dan paru-paru.

“Bedak talkum digunakan secara langsung pada kulit sebagai penyerap yang berkesan untuk membantu menghilang­kan bau dan memberikan sentuhan lembut. Talkum menyamai asbestos, ia terdapat dalam bedak bayi dan kosmetik seperti pembayang mata, pemerah pipi dan deodoran.

“Zarah-zarah talkum boleh sampai ke sistem pembiakan dan melekat pada lapisan ovari. Para penyelidik telah menemui zarah-zarah talkum dalam tumor ovari dan mendapati bahawa wanita penghidap kanser ovari telah menggunaka­n bedak talkum pada alat sulit mereka, lebih kerap berbanding wanita yang sihat, “katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Tambahnya, di Malaysia, kanser ovari menjadi kanser umum kelima dalam kalangan wanita, dengan kira-kira 500 pesakit dikesan menghidap penyakit itu setiap tahun.

Menurut Mohideen, bedak talkum juga berisiko tinggi menjejaska­n paru-paru manusia kerana zarahnya yang halus mudah memasuki paru-paru, dan ia juga dibimbangi boleh menyebabka­n saluran pernafasan bayi membengkak dan menyebabka­n radang paru-paru.

“Statistik menunjukka­n bahawa beberapa ribu bayi meninggal dunia setiap tahun atau sakit teruk kerana menyedut bedak bayi secara tidak sengaja. Talkum digunakan pada bayi kerana menyerap kelembapan yang tidak menyenangk­an. Menyapu bayi dengan bedak talkum membahayak­an paruparu mereka,” katanya.

Beliau juga menasihatk­an pengguna untuk menggunaka­n bedak yang diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras dan para ibu disaran menggunaka­n minyak sapu berbanding menggunaka­n bedak berubat untuk masalah ruam pada bayi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia