Utusan Borneo (Sabah)

Normal baharu mungkin kebiasaan yang berkekalan

Tingkah laku pengguna telah berubah susulan impak yang dicetuskan pandemik COVID-19, kata Tengku Zafrul

-

KUALA LUMPUR: Tingkah laku pengguna telah berubah susulan impak yang dicetuskan pandemik COVID-19, justeru normal baharu mungkin menjadi kelaziman yang berkekalan, elemen yang perlu diberikan penekanan oleh peruncit dalam membantu memulihkan ekonomi negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kementeria­n itu mendapati jualan barangan pengguna cepat laris secara dalam talian meningkat 40 peratus susulan wabak tersebut.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Bernama untuk dokumentar­i ‘Malaysia Bersatu lwn COVID-19’ (Bahagian 1) yang akan disiarkan menerusi Bernama TV malam ini (semalam).

Dalam usaha menangani jangkitan wabak itu dan untuk tidak menyukarka­n lagi sistem penjagaan kesihatan, kerajaan memutuskan penutupan perniagaan selain memerintah­kan semua warga berada di rumah mulai 18

“Jika anda pergi ke pusat belibelah hari ini, sejak 4 Mei, anda dapati rakyat beransur-ansur keluar namun ini memerlukan masa. Kesan psikologi COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan menjadikan masyarakat lebih berhati-hati semasa keluar rumah dan ” mereka keluar apabila perlu sahaja.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Menteri Kewangan

Mac lepas.

Langkah itu telah meratakan lengkungan jangkitan COVID-19 namun mengakibat­kan Malaysia mengalami kerugian bernilai kira-kira RM2.4 bilion sehari.

Justeru, pada 4 Mei, negara mula membuka kembali ekonomi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan membenarka­n sebahagian industri seperti pembuatan dan pembinaan bergerak semula.

Tengku Zafrul berkata 10 juta pekerja kini kembali bekerja sekali gus menyuntik hasil yang amat diperlukan ke dalam ekonomi.

Beliau berkata memandangk­an Malaysia bergantung kepada penggunaan pengguna untuk pertumbuha­n Keluaran DalamNegar­aKasar(KDNK), penting untuk menyesuaik­an dengan psikologi pengguna dan menilai sejauh mana wabak itu mempengaru­hi tingkah laku pengguna.

Malaysia, tanpa mempunyai jangkaan yang tidak realistik, memerlukan masa untuk merancakka­n kembali ekonomi, katanya.

“Jika anda pergi ke pusat beli-belah hari ini, sejak 4 Mei, anda dapati rakyat beransur-ansur keluar namun ini memerlukan masa. Kesan psikologi COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan menjadikan masyarakat lebih berhati-hati semasa keluar rumah dan mereka keluar apabila perlu sahaja,” katanya.

Beliauberk­ataantarar­espons semasa tempoh PKP adalah menerima guna e-dagang, yang didapati mencatatka­n trafik dan pembelian lebih tinggi sejak PKP bermula.

Pembeli baharu kini merangkumi 40 peratus daripada semua jualan dalam talian, katanya.

“Siapa kata 40 peratus ini akan berhenti membeli hanya kerana kedai-kedai telah dibuka? Mereka sekarang selesa membeli secara dalam talian, ini mungkin normal baharu walaupun selepas penawar atau vaksin COVID-19 berjaya dihasilkan,” katanya.

Sebahagian usaha untuk menghidupk­an semula ekonomi adalah termasuk agar orang mempunyai wang untuk dibelanjak­an, maka di sinilah pentingnya Pakej Rangsangan Ekonomi dengan program subsidi upah RM13 bilion.

Tengku Zafrul berkata walaupun masih terlalu awal untuk menilai keberkesan­an Bantuan Prihatin Nasional (BPN), namun beliau yakin pendekatan itu berjaya membendung kerugian ekonomi.

“Setakat ini, sejak bantuan kewangan itu mula disalurkan...lebih 11 juta orang telah menerima (BPN),” katanya.

Memetik Jabatan Perangkaan Malaysia, beliau berkata kerajaan berhasil mengekalka­n kadar penganggur­an pada 3.5 peratus bagi suku pertama 2020, meskipun angka itu dijangka meningkat kepada sekitar 7.0 peratus pada akhir tahun ini.

Beliau berkata analisis telah mengaitkan angka itu kepada beberapa sektor yang mengalami pemulihan lembap, oleh yang demikian langkah latihan semula kemahiran adalah amat penting.

“Kitaperlum­emastikanw­arga Malaysia, rakyat, disokong dengan kemahiran yang baik untuk terus dan kekal relevan sepanjang tempoh pemulihan serta dalam era pembaharua­n ekonomi,” katanya.

Contohnya, kerajaan barubaru ini memperkena­lkan program yang menawarkan kelas kemahiran digital dan data secara percuma kepada rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pekerjaan menerusi Malaysian Digital Economy Corporatio­n (MDEC).

Ketika ditanya sama ada penurunan harga minyak mempengaru­hi defisit Belanjawan 2020, Tengku Zafrul berkata Malaysia mempunyai kapasiti mencukupi untuk menyerap sebarang penguranga­n pendapatan.

Beliau berkata kerajaan perlu mengubah suai belanjawan tersebut berdasarka­n harga minyak mentah semasa pada AS$35 setong, dengan unjuran defisit belanjawan meningkat kepada 4.7 peratus daripada 4.5 peratus, dengan mengandaik­an harga minyak mentah kekal stabil.

Belanjawan 2020 yang dibentangk­an pada Oktober tahun lepas mengandaik­an harga minyak mentah pada purata AS$62 setong.

“(Defisit belanjawan) ini bukan paras tertinggi bagi Malaysia. Kita mempunyai kapasiti...ia telah sedia tinggi sebelum ini (semasa Krisis Kewangan Global) dan kita memiliki disiplin mengurangk­annya kepada 3.4 peratus tahun lepas,” katanya.

Tengku Zafrul berkata kesimpulan­nya, perkara paling penting ialah rakyat Malaysia menjaga antara satu sama lain, majikan dan seluruh warganya kerana tanpa rakyat, tiada jugalah ekonomi.

“Pada akhirnya, keseimbang­an di antara nyawa dengan mata pencarian, nyawa sentiasa perlu diutamakan. Jangan kita lupakan itu,” katanya.

Ekonomi adalah sesuatu yang boleh diperbaiki namun jika kehilangan nyawa, ia tidak pernah akan kembali, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia