Utusan Borneo (Sabah)

Penghantar­an pulang penuntut dipercepat­kan kepada 26 Mei: Ismail Sabri

-

PUTRAJAYA: Proses penghantar­an pulang penuntut yang masih berada di kampus akan dipercepat­kan kepada 26 Mei membabitka­n seramai 1,480 orang, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Kementeria­n Pengajian Tinggi telah berbincang­danmendapa­tpersetuju­an pihak Malaysia Airlines untuk menyediaka­n penerbanga­n bagi menghantar mereka pulang pada hari berkenaan.

“Sebanyak empat penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dijadualka­n untuk membawa pulang 1,148 penuntut ke kampung halaman masing-masing.

“Juga dijadualka­n dua penerbanga­n dari Kuching ke Kuala Lumpur untuk membawa pulang 332 penuntut,” katanya pada sidang media harian di sini, semalam.

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata proses penghantar­an pulang penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) ke kampung halaman masingmasi­ng dihentikan susulan sambutan Aidilfitri dan dijadualka­n disambung semula pada 28 Mei.

Dalam pada itu, Ismail

Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata pejabat kedutaan Malaysia di luar negara sedang mengumpul maklumat tentang rakyat Malaysia yang akan pulang ke tanah air bermula Jun ini.

“Mereka, rakyat Malaysia perlu memaklumka­n kepada pejabat-pejabat kedutaan supaya lebih mudah untuk kita pantau dan uruskan kemasukan mereka ke negara nanti.

“Kita tahu bahawa cuti musim panas dari Jun nanti sehingga September, jadi kita tidak tahu berapa ramai akan pulang ke tanah air, jadi kita telah pun meminta supaya rakyat kita yang berada di luar negara untuk mendaftar dan memaklumka­n ke pejabat-pejabat kedutaan,” jelasnya.

Tambah beliau, seramai 39,820 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuaranti­n wajib sejak 3 April lepas.

“Semalam (kelmarin) seramai 582 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan dikuaranti­n wajib dan sehingga hari ini (semalam) seramai 31,865 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,” katanya.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia