Utusan Borneo (Sabah)

PKPB: Banduan akhir rindu untuk bertemu keluarga, anak

-

TAPAH: Selepas sebulan berpuasa, kemunculan Aidilfitri begitu dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam terutama penghuni tirai besi untuk berjumpa secara bersemuka dengan ahli keluarga.

Namun pada tahun ini hasrat itu hanya tinggal impian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutka­n sehingga 9 Jun ini.

Keadaan itu lebih terasa bagi banduan akhir yang hanya mahu dikenali sebagai Sam, 33, yang sememangny­a menanti ketibaan Aidilfitri untuk bertemu ibu bapa untuk memohon maaf dan berharap untuk mendengar panggilan ‘ayah’ daripada dua anaknya yang berumur 12 tahun dan lapan tahun.

Dia yang dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan membunuh ketika merompak sebuah kedai emas di Taiping pada tahun 2012, berkata kali terakhir dia berjumpa mak dan ayahnya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan di sebalik cermin kaca penjara.

“Saya dan isteri pula sudah bercerai….saya teringin sangat nak mendengar panggilan ‘ayah’ daripada anak kedua yang tidak pernah ditemui kerana saya masuk penjara ketika dia masih berumur sebulan (sebab bekas isteri tak benarkan saya berjumpa),” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Penjara Tapah, baru-baru ini.

Dia yang begitu sedih kerana terpaksa berhadapan dengan hakikat kehilangan isteri dan anak-anak akibat perbuatann­ya itu, berulang kali menyatakan rasa kesalnya terhadap kesalahan yang dilakukan.

Bagi Salmah (bukan nama sebenar), 31, yang juga merupakan banduan akhir bagi kesalahan mengikut Seksyen

39 (B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, berkata dia amat teringin dan rindu untuk bertemu dengan anaknya yang dilahirkan di penjara itu tujuh tahun lepas dan kini dijaga ahli keluargany­a.

Namun berikutan penguatkua­saan PKPB, hasratnya itu tidak dapat ditunaikan pada Aidilfitri kali ini.

Menceritak­an kisah hitam yang menimpa dirinya itu, Salmah yang ketika itu mengandung­duabulante­lahditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) tujuh tahun lepas kerana kesalahan memiliki dadah.

Dia sempat menjaga anaknya itu selama 10 bulan sebelum diserahkan kepada ahli keluarga terdekat kerana menyedari membesarka­n anak di dalam penjara bukanlah mudah tambahan anaknya itu kerap sakit.

Sementara itu, Ketua Penolong

Penguasa Penjara Tapah Abdul Razak Darus berkata kebiasaann­ya seminggu selepas 1 Syawal, beberapa banduan penjara itu dibenarkan berjumpa ahli keluarga menerusi program Jalinan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri namun ia tidak dapat dilakukan pada tahun ini disebabkan PKPB.

“Memang setiap tahun kami akan beri peluang kepada banduan untuk berjumpa ahli keluarga. Namun waktu sekarang ini (PKPB) tiada sebarang perjumpaan dibenarkan,” katanya.

Bagaimanap­un, bagi mengubati rindu kepada keluarga, katanya pihak Penjara Tapah akan membenarka­n banduan terpilih membuat panggilan telefon atau Skype kepada keluarga masing-masing selama 10 minit yang akan diawasi pegawai penjara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANDUAN: Banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam, 33, (tengah) yang menghadapi pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh ketika merompak sebuah kedai emas di Taiping, pada tahun 2012 menyatakan perasaan rindu terhadap ibu bapanya dan dua anaknya yang kini masingmasi­ng berumur 12 tahun dan lapan tahun ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini di Penjara Tapah, Tapah. Selepas sebulan berpuasa, kemunculan Hari Raya Aidilfitri begitu dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam terutama penghuni tirai besi untuk berjumpa secara bersemuka dengan ahli keluarga namun tidak pada tahun ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutka­n sehingga 9 Jun ini.
— Gambar Bernama BANDUAN: Banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam, 33, (tengah) yang menghadapi pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh ketika merompak sebuah kedai emas di Taiping, pada tahun 2012 menyatakan perasaan rindu terhadap ibu bapanya dan dua anaknya yang kini masingmasi­ng berumur 12 tahun dan lapan tahun ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini di Penjara Tapah, Tapah. Selepas sebulan berpuasa, kemunculan Hari Raya Aidilfitri begitu dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam terutama penghuni tirai besi untuk berjumpa secara bersemuka dengan ahli keluarga namun tidak pada tahun ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutka­n sehingga 9 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia