Utusan Borneo (Sabah)

AS catat 1,260 kematian akibat COVID-19 dalam 24 jam lepas: Johns Hopkins

- — Gambar AFP

KARACHI: Sebanyak 80 mayat ditemui selepas sebuah pesawat Pakistan terhempas dengan hampir 100 orang di dalamnya di bandar selatan Karachi kelmarin, kata pegawai kesihatan wilayah dalam satu kenyataan, dengan lebih ramai lagi dikhuatiri meninggal dunia.

Pesawat Pakistan Internatio­nal Airlines (PIA) itu telah membuat beberapa permintaan untuk mendarat di lapangan terbang bandar tersebut ketika ia jatuh di antara beberapa rumah, memusnahka­n bangunan dan membunuh beberapa orang di darat.

Kenyataan rasmi mengesahka­n dua mangsa terselamat dan menyatakan 17 daripada mayat tersebut telah “dikenal pasti setakat ini”.

Sebelum itu, ketua eksekutif syarikat penerbanga­n terbabit Arshad Mahmood Malik dalam satu sidang media berkata hanya seorang mangsa terselamat telah disahkan dari bangkai pesawat – presiden Bank of Punjab, Zafar Masud.

Beliau menambah bahawa operasi pembersiha­n sepenuhnya akan berlanjuta­n selama dua hingga tiga hari.

Usaha-usaha di darat akan diteruskan “sehingga kami berjaya menemui semua mayat,” seorang pegawai wilayah, yang meminta namanya dirahsiaka­n, memberitah­u AFP.

“Setakat ini 80 mayat telah ditemui dari serpihan tersebut.”

Kepulan asap kelihatan di ruang udara ketika pekerja penyelamat dan penduduk mencari orang di celah-celah bangkai pesawat dan ketika anggota bomba cuba memadamkan api.

Seorang wartawan AFP menyaksika­n mayat rentung dibawa masuk ke dalam ambulans.

Sarfraz Ahmed, anggota bomba di kawasan nahas, memberitah­u AFP bahagian depan dan fiuslaj pesawat Airbus A320 itu mengalami kerosakan teruk akibat impak, sambil menambah bahawa anggota penyelamat telah mengeluark­an mayat dari pesawat yang mana mereka masih lagi memakai tali pinggang keselamata­n.

Kemalangan itu berlaku ketika rakyat Pakistan bersedia untuk menyambut berakhirny­a bulan Ramadan dan bermula sambutan Hari Raya Aidilfitri, dengan ramai yang pulang ke kampung halaman di bandar dan kampung-kampung.

PIA mengesahka­n terdapat 91 penumpang dan tujuh anak kapal di dalam pesawat itu, yang terputus hubungan dengan kawalan trafik udara hanya selepas jam 2.30 petang waktu tempatan dalam penerbanga­n dari Lahore ke Karachi.

“Ia adalah Airbus A320 yang merupakan salah satu pesawat paling selamat. Secara teknikalny­a, dari segi operasi semuanya kelihatan berfungsi,” kata Malik, sambil menambah pesawat itu dibeli oleh syarikat penerbanga­n pada 2014.

Juruterban­gnya, Sajjad Gull, yang menurut satu kenyataan rasmi merupakan juruterban­g A320 paling kanan dengan pengalaman penerbanga­n yang luas, mengadu mengenai satu masalah selepas membuat percubaan kedua untuk mendekati landasan, sebelum pengawal trafik udara terputus hubungan dengan beliau.

PIA menjanjika­n satu siasatan bebas sepenuhnya.

Airbus kemudian menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pesawat itu mula berkhidmat pada 2004 dan dimiliki oleh PIA sedekad kemudian serta melakukan kira-kira 47,100 jam penerbanga­n.

Pesawat itu mengalami satu masalah teknikal, menurut menteri dalam negeri Ijaz Ahmad Shah yang berkata juruterban­g telah membuat panggilan kecemasan selepas pesawat itu kehilangan sebuah enjinnya.

Penduduk berhampira­n tempat kejadian berkata dinding rumah mereka bergegar sebelum satu letupan besar meletus ketika pesawat itu terjunam ke arah kawasan kediaman mereka.

“Saya baharu pulang dari masjid ketika saya melihat pesawat itu condong sebelah. Bunyi enjin kedengaran agak pelik. Ia berada begitu rendah sehingga dinding rumah saya bergegar,” kata seorang saksi berusia 14 tahun, Hassan.

Seorang penduduk Karachi,

Mudassar Ali, berkata beliau “mendengar bunyi dentuman yang kuat dan terjaga ketika mendengar orang memanggil jabatan bomba”.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan berkata beliau “terkejut dan berasa sedih” dengan nahas tersebut, menciap di Twitter bahawa beliau telah berhubung dengan ketua eksekutif syarikat penerbanga­n negeri.

“Doa dan ucapan takziah ditujukan buat keluarga mangsa yang terkorban,” ciap beliau di Twitter.

Tentera Pakistan berkata pasukan keselamata­n telah dikerahkan ke kawasan kediaman dan beberapa helikopter digunakan untuk memeriksa kerosakan, ketika menyampaik­an ucapan takziah atas “kehilangan nyawa yang berharga”.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo menciap di Twitter bahawa “doa beliau buat mereka yang terkorban dan tercedera, serta kaum keluarga mereka,” dan menambah bahawa Amerika Syarikat “bersama dengan Pakistan semasa masa yang sukar ini”.

Penerbanga­n komersil beroperasi semula hanya beberapa hari lepas, setelah perkhidmat­annya dihentikan semasa perintah kawalan pergerakan berkaitan dengan pandemik COVID-19.

Pakistan memiliki rekod keselamata­n penerbanga­n awam dan tentera yang tidak baik, dengan pesawat dan helikopter sering terhempas sejak beberapa tahun.

Pada 2016, sebuah pesawat Pakistan Internatio­nal Airlines terbakar selepas salah satu daripada dua enjin berkuasa turbonya mengalami masalah ketika terbang di bahagian utara terpencil Islamabad, mengorbank­an lebih 40 orang.

Bencana udara terburuk di Pakistan adalah pada 2010, apabila sebuah pesawat Airbus A321 yang dimiliki oleh syarikat penerbanga­n swasta Airblue dan berlepas dari Karachi terhempas di kawasan pergununga­n luar Islamabad ketika ia hendak mendarat, mengorbank­an kesemua 152 orang di dalamnya.

Satu laporan rasmi menyalahka­n kemalangan itu ke atas seorang kapten yang keliru dan suasana kokpit yang tegang.

PIA, salah sebuah syarikat penerbanga­n terkenal di dunia sehingga 1970, sekarang mengalami kesan akibat reputasi yang merosot disebabkan oleh pembatalan yang kerap, penangguha­n dan masalah kewangan. Ia telah terlibat dalam beberapa kontrovers­i sejak beberapa tahun, termasuk pemenjaraa­n seorang juruterban­g mabuk di Britain pada 2013. — AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencatatka­n sebanyak 1,260 kematian lagi akibat COVID-19 kelmarin, menjadikan jumlahnya sehingga 95,921 sejak pandemik global bermula, menurut catatan oleh Johns Hopkins University.

Negara itu turut secara rasmi mencatatka­n lebih 1.6 juta kes bagi virus tersebut, jauh lebih berbanding mana-mana negara lain, pengesan jejak dilakukan oleh universiti yang berpusat di Baltimore itu menunjukka­n pada jam 8.30 malam waktu tempatan.

Angka itu meningkat lebih tinggi malah ketika Presiden AS Donald Trump, berdepan perjuangan yang sukar untuk pelantikan semula pada November, terus menekan kerajaan negeri dan tempatan untuk membuka semula ekonomi AS.

Beliau kelmarin menuntut para gabenor negeri mengklasif­ikasikan gereja, saumaah dan masjid sebagai “perkhidmat­an penting” pada tahap yang sama dengan kedai makanan dan ubat-ubatan, serta segera membenarka­n mereka untuk mengadakan upacara sembahyang di sebalik sekatan COVID-19 terhadap perhimpuna­n awam.

“Gabenor perlu melakukan perkara yang betul dan membenarka­n tempat ibadat yang sangat penting ini dibuka semula sekarang juga, untuk hujung minggu ini,” kata Trump yang mengira golongan konservati­f keagamaan sebagai teras asas pemilihann­ya.

“Jika mereka tidak melakukann­ya, saya akan mengatasi para gabenor. Di Amerika, kami lebih memerlukan doa.”

Ketika para gabenor secara umumnya mempunyai kuasa untuk mengarahka­n pembukaan dan penutupan, ia adalah tidak jelas sama ada Trump mempunyai sebarang kuasa untuk memaksa mereka menarik balik sekatan ke atas acara keagamaan. — AFP

 ??  ?? BERKECAI: Anggota keselamata­n dan pekerja penyelamat menggeleda­h bangkai pesawat Airbus A320 yang terhempas di kawasan perumahan di bandar selatan Karachi, Pakistan kelmarin.
BERKECAI: Anggota keselamata­n dan pekerja penyelamat menggeleda­h bangkai pesawat Airbus A320 yang terhempas di kawasan perumahan di bandar selatan Karachi, Pakistan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia