Utusan Borneo (Sabah)

Brazil atasi Rusia catat kes COVID-19 kedua paling tinggi di seluruh dunia

-

BRASILIA: Brazil telah mengatasi Rusia kelmarin sebagai negara dengan jumlah jangkitan COVID-19 kedua paling tinggi di seluruh dunia di belakang Amerika Syarikat (AS), ketika Amerika muncul sebagai pusat utama baharu bagi pandemik tersebut.

Negara Amerika Selatan itu sekarang menyenarai­kan 330,890 jangkitan dan 21,048 kematian COVID-19, walaupun pakar berkata ujian yang tidak dimaklumka­n bermakna jumlah sebenar mungkin 15 kali lebih tinggi atau lebih.

Angka kematian di Brazil meningkat sehingga 1,001 dalam tempoh 24 jam, kali ketiga dalam masa empat hari ia mencecah lebih 1,000.

Peningkata­n itu muncul ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumka­n Amerika Selatan sebagai “pusat utama baharu” untuk pandemik.

“Dengan jelasnya terdapat kebimbanga­n di sekitar kebanyakan negara tersebut, namun yang jelas paling terjejas adalah Brazil buat masa sekarang,” kata pengarah kecemasan WHO Mike Ryan.

AS telah menyenarai­kan lebih 1.6 juta kes dan hampir 96,000 kematian, menurut catatan yang disimpan oleh Johns Hopkins University.

Rusia telah menyenarai­kan 326,488 kes dan 3,200 kematian.

Angka kematian di Brazil sekarang adalah keenam paling tinggi di dunia, di belakang AS, Britain, Itali, Sepanyol dan Perancis.

Namun krisis tidak dijangka akan meningkat di Brazil sehingga Jun.

Negara itu yang mempunyai 210 juta penduduk mempunyai respons yang bercanggah terhadap pandemik.

Presiden haluan kanan Jair Bolsonaro, yang dikenali kerana membanding­kan virus itu dengan “selesema biasa,” mengecam langkah duduk di rumah yang dilaksanak­an oleh pihak berkuasa negeri dan tempatan, menyatakan mereka sedang menjejaska­n ekonomi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia