Utusan Borneo (Sabah)

Hak eksklusif Joe Rogan, podcast paling popular AS milik Spotify

-

Academy of Motion Picture Arts and Sciences tidak segera membalas permintaan AFP untuk memberikan kenyataan.

Pada tahun lepas, akademi tersebut – yang dilihat sebagai badan tertinggi dalam industri perfileman Hollywood – melonggark­an peraturan kelayakan untuk membenarka­n filem-filem yang tidak ditayangka­n di atas skrin besar atau pawagam pada tahun ini untuk bertanding bagi anugerah Oscar.

Ketika itu, badan berkenaan turut memberi amaran bahawa “penyesuaia­n tambahan kepada peraturan akademi, syarat kelayakan dan penjaduala­n mungkin diperlukan”.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, siaran Anugerah Oscar Ke-93 dijadualka­n ke udara pada Ahad, 28 Februari 2021, di saluran ABC. Sebarang maklumat yang dikemaskin­i mengenai majlis itu akan dikongsika­n pada masa akan datang,” ia menyebut dalam kenyataan pada bulan lepas.

Buat masa sekarang, filem-filem mesti dikeluarka­n sebelum 31 Disember untuk layak dipertimba­ngkan bagi anugerah Oscar pada tahun berikutnya, yang biasanya berlangsun­g pada Februari atau Mac.

Impak, jika ada, daripada penangguha­n majlis itu ke atas peraturan kelayakan adalah tidak jelas.

Anugerah Oscar merupakan finale besarbesar­an bagi musim anugerah filem yang bermula bersungguh­sungguh dengan Anugerah Golden Globes pada awal Januari.

Majlis anugerah filem lain belum lagi mengumumka­n penangguha­n bagi acara mereka, tetapi banyak yang sudah juga melonggark­an peraturan kelayakan.

Kedua-duanya Directors

Guild of America dan Producers Guild of America berkata filemfilem yang distrim akan dibenarkan pada tahun ini.

Majlis Anugerah Primetime Emmy bagi dunia televisyen buat masa sekarang masih dijadual berlangsun­g pada September.

Anugerah Daytime Emmy yang lebih awal dan berprofil rendah sudah digantikan dengan satu acara maya. — AFP

SPOTIFY telah memperoleh­i hak eksklusif kepada ‘The Joe Rogan Experience’, iaitu podcast yang paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat, kata gergasi penstriman dalam talian dari Sweden itu baru-baru ini.

Spotify tidak menyatakan berapa banyak pembayaran yang mereka buat, tetapi menurut akhbar Wall Street Journal, mereka mengeluark­an lebih AS$100 juta dalam perjanjian pelesenan selama beberapa tahun, yang akan disediakan kepada pelanggan khidmat berbayar dan pengguna versi percuma bagi pelantar tersebut.

“Ia akan kekal PERCUMA, dan ia adalah program yang sama sekali,” kata Rogan, 52 tahun, kepada peminat dalam akaun Instagramn­ya, dan menambah perjanjian itu akan berkuatkua­sa pada hujung 2020.

“Ia cuma satu perjanjian pelesenan, maka itu Spotify tidak ada sebarang kawalan kreatif ke atas program itu.”

Hak eksklusif itu merangkumi podcast serta versi filem dalam akaun YouTube milik Rogan, yang secara rutin mempunyai lebih sejuta tontonan setiap episod.

Rogan memulakan programnya pada 2009, dan selama bertahunta­hun selepas itu, dia telah membina audiens yang setia.

‘The Joe Rogan Experience’ merupakan sebuah program yang mengalir bebas, selalunya bersiaran selama lebih tiga jam, di mana pengacara yang bersemanga­t mengadakan perbualan yang terbuka dengan tetamunya.

Pada 2019, program Rogan menjadi podcast yang paling banyak dimuat turun dengan peranti Apple.

Rogan adalah unik dalam dunia podcast: seorang pelawak, bekas ahli ‘kickboxing’ dan juara taekwondo, tetamuteta­munya adalah segala macam daripada ahli seni pertahanan campuran hingga kepada usahawan, saintis, atlet, penggiat kesihatan dan selebriti.

Selama lebih setahun, Spotify perlahan-lahan beralih ke dunia podcast.

Pada awal 2019, ia telah membeli syarikat siaran podcast Gimlet Studios dengan harga sekitar AS$230 juta, serta ruang antara muka penerbitan Anchor dengan harga lebih AS$100 juta. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia