Utusan Borneo (Sabah)

Ops Benteng dipertingk­at sekat kemasukan PATI selepas Aidilfitri

Mereka dijangka cuba masuk semula untuk bekerja selepas pulang beraya

-

ALOR GAJAH: Menjangkak­an pendatang asing tanpa izin (PATI) akan cuba menyeludup masuk semula ke negara ini melalui ‘jalan tikus’ di Selat Melaka selepas sambutan Aidilfitri, Ops Benteng bagi mencegah perkara itu akan dipertingk­at.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Madya Maritim Datuk Ibrahim Mohamed berkata pendatang asing tanpa izin mungkin akan cuba masuk semula ke negara ini untuk bekerja selepas pulang beraya.

“Ini memandangk­an kegiatan industri telah beroperasi semula susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan lebih membimbang­kan apabila pendatang asing tanpa izin yang berjaya bolos ke negara ini akan mengimport virus COVID-19.

“Justeru itu, kawalan di sempadan perairan negara akan terus dipertingk­at menerusi Ops Benteng ketika perayaan Aidilfitri terutama di lokasi titik panas pendaratan iaitu di Selat Melaka,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Ops Benteng di Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di sini, malam kelmarin.

Terdahulu, beliau melawat KD Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berperanan sebagai kapal induk dalam Op Benteng. Hadir sama Laksamana Pertama TLDM Ruzelme Ahmad Fahmy dan Pengarah Bahagian Operasi dan Strategik TLDM Kept Rosli Abd Ghani.

Ops Benteng diaktifkan di bawah National Task Force yang diterajui oleh ATM, PDRM dan Maritim Malaysia untuk mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi pendatang asing tanpa izin bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.

Ibrahim berkata tumpuan utama dalam operasi bersepadu itu adalah mengesan dan menahan tekong laut dan darat yang memainkan peranan dalam mengaturka­n perjalanan keluar dan masuk pendatang asing tanpa izin ke negara ini.

Di KUALA TERENGGANU, Pengarah Maritim NegeriTere­ngganu KeptMariti­m Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata rondaan pengawasan di perairan negeri itu akan dipergiat bagi mencegah bot nelayan asing menceroboh perairan negara ketika musim perayaan Aidilfitri.

“Sebanyak empat kapal dan lima bot akan digerakkan

“Justeru itu, kawalan di sempadan perairan negara akan terus dipertingk­at menerusi Ops Benteng ketika perayaan Aidilfitri terutama di lokasi titik panas ” pendaratan iaitu di Selat Melaka.

Laksamana Madya Maritim Datuk Ibrahim Mohamed Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia

untuk melaksanak­an rondaan di perairan Terengganu secara bergilir-gilir, kita juga menerima bantuan daripada Maritim Johor dengan meletakkan kapal KM Tegas di perairan Terengganu ketika musim perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muhammad Suffi juga berkata pihaknya berjaya mengusir keluar kira-kira 60 bot nelayan asing Vietnam

dari perairan sempadan Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an mulai 18 Mac melalui Operasi COVID-19 Khas Laut.

Beliau juga meminta komuniti maritim terus menyalurka­n maklumat dan aduan mengenai penceroboh­an nelayan asing ke talian MERS 999 atau 09-6224357 (Pusat Operasi) Maritim Negeri Terengganu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Ibrahim (dua kiri) meneliti peta kawasan pemantauan perairan sempadan negara ketika melawat KD Gagah Samudera yang berperanan sebagai kapal induk bagi Ops Benteng di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama TELITI: Ibrahim (dua kiri) meneliti peta kawasan pemantauan perairan sempadan negara ketika melawat KD Gagah Samudera yang berperanan sebagai kapal induk bagi Ops Benteng di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia