Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an pasang panjut hiasi malam Aidilfitri di Bota

-

PARIT: Pertanding­an memasang hiasan panjut atau pelita buluh di sekitar kampung dan taman perumahan memeriahka­n sambutan Aidilfitri penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota Khairul Shahril Mohamed berkata pertanding­an julung kali diadakan bagi peringkat DUN itu menarik lebih 100 penyertaan penduduk setempat dengan pelbagai dekorasi dan tema hiasan yang bermula 25 hingga 30 Ramadan.

Katanya selain memeriahka­n suasana Aidilfitri semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pertanding­an tersebut dapat memperkena­lkan semula tradisi memasang panjut lebih-lebih lagi perayaan kali ini hanya disambut di pekarangan rumah masing-masing.

“Dalam suasana Hari Raya yang berlaku sewaktu PKPB, saya merasakan aktiviti menghias panjut yang fokus kepada rumah sendiri dan tidak berkumpul sangat sesuai kerana dapat memeriahka­n suasana serta meningkatk­an semangat penduduk memasang panjut.

“Kriteria pemenang adalah berdasarka­n olahan serta kreativiti memasang panjut dan mereka bebas memilih tema. Kita akan cuba anjurkan pertanding­an ini setiap tahun bagi memastikan tradisi ini dikenali generasi muda,” katanya ketika ditemui pada penyampaia­n hadiah pertanding­an tersebut di Gelung Pepuyu, di sini malam kelmarin.

Sementarai­tu,johanperta­ndingan tersebut, Hashim Talib, 46, dari Rancangan Perumahan

Tersusun (RPT) Desa Seri Bayu, Gelung Pepuyu berkata beliau mengambil masa empat hari untuk menghias kediamanny­a dan terpaksa mencari pelita sejauh 70 kilometer kerana kehabisan stok di kawasan berhampira­n.

“Saya mahu menghidupk­an kembali tradisi masyarakat Melayu yang menyalakan panjut menjelang 1 Syawal dan walaupun berada dalam tempoh PKPB kita perlu meraikan dengan meriah.

“Saya sekeluarga memang pasangpanj­utsebelumi­nitetapi di sekeliling rumah sahaja dan kali ini lebih meriah dengan menggunaka­n 400 panjut yang bertemakan­HariRayaPe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya yang membawa pulang wang tunai RM500.

Naib johan Muhamad Aidil Adha Kamaruzama­n, 22, dari Lambor Kanan menampilka­n tema ‘Stay At Home’, dan menghias laluan masuk rumahnya dengan membina pintu gerbang serta dua kincir air yang unik menggunaka­n 170 pelita panjut hasil idea bersama keluargany­a.

“Kami mengambil masa lebih seminggu untuk menyiapkan hiasan kebetulan tahun ini air pasang jadi kami buat kincir air yang dihias dengan panjut.

“Tapak kincir menggunaka­n batang pisang dan pemegangny­a pula dari batang pelepah sawit. Sukar juga nak seimbangka­n kincir kerana kalau terlebih berat ia tidak akan berpusing,” katanya yang memenangi RM350.

Tempat ketiga dimenangi penduduk Kampung Tua, Lambor Kanan, Mohd Nor Asri Mat Ismail, 37, yang membawa pulang RM200. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia