Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mengamuk langgar lima orang awam, dipercayai mabuk: Polis

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mengamuk dan melanggar lima orang awam dengan keretanya di pekarangan tapak penjaja di Pekan Bukit Sentosa, dekat sini, kelmarin, dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pemborong tayar, melanggar gerai serta pengunjung di tapak penjaja itu, menyebabka­n lima orang awam cedera.

Beliau berkata lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (11) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Permohonan reman ke atas suspek telah dibuat dan polis meminta saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

NoorAzamme­nasihatior­ang ramai agar tidak membuat sebarangan­daiannegat­ifterhadap kejadian itu dan meletakkan sepenuh keyakinan kepada polis untuk menjalanka­n siasatan secara terperinci.

Kelmarin, Bernama melaporkan seorang lelaki ditahan selepas mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang mengetuk cermin sisi keretanya semasa dia membunyika­n hon untuk melepasi jalan sesak berhampira­n Jalan Besar Bukit Sentosa.

Berikutan itu, lima orang mengalami kecederaan akibat dilanggar lelaki terbabit.

Terdahulu, tular di laman sosial yang memaparkan video berdurasi seminit lapan saat dan satu lagi video sama berdurasi 44 saat menunjukka­n sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar gerai penjaja serta orang awam di tapak penjaja Pekan Bukit Sentosa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia