Utusan Borneo (Sabah)

LITAR TRILOGI PANIK

- KARYA: DR JAKARIA DASAN

Shahrul baru balik dari operasi khas selepas tiga malam mengetuai intipan bersama anggotanya di sempadan negara. Beliau biasanya akan membuat nota laporan kes di bilik bacaan arwah ayahnya yang menjadi bilik belajarnya sejak di bangku sekolah lagi. Ketika mencapai buku notanya, terlintas pula dalam hatinya untuk mencapai satu-satunya diari peninggala­n ayahnya yang terletak di rak almari paling atas. Buku bersalut plastik berwarna biru itu sering menjadi motivasi kepada dirinya kerana di dalamnya turut terkandung nukilan-nukilan puisi ayahnya. Cuma kadangkala, Shahrul tidak dapat memahami dengan jelas maksud setiap puisi yang ditulis ayahnya itu. Shahrul gemar membacanya berulang kali, kerana itulah satu-satunya perkara yang boleh mengembali­kan kenanganny­a kepada ayahnya.

Entah bagaimana, diari ayahnya terlepas dari tangan. Terkuak atas lantai diari itu. Lekas-lekas dikutipnya diari yang terpisah dari balutan plastiknya itu. Ketika itulah, dari celahan plastik tersebut tercampak keluar sekeping kertas kecil berlipat tiga. Berkerut dahi Shahrul membaca isi kandungann­ya. “Nampaknya, puisi ini belum siap sepenuhnya.” Berkerut dahi Shahrul. Tertulis di situ;

Dicapainya buku-buku ayahnya yang lain untuk cari petunjuk. Rasa keletihan selepas balik dari operasi khas langsung tidak dirasainya.

Akhirnya mata Shahrul tertumpu pada buku kecil bertulis “LITAR TRILOGI PANIK.” “Unik tajuk ini,” getus hatinya. Shahrul segera mencapai dan membaca setiap isi muka surat buku nota setebal satu inci itu. Dia membaca dengan penuh debar setiap helaian muka surat buku tersebut. Debaran yang pernah dirasakan oleh ayahnya semasa menghasilk­an catatan-catatan itu 25 tahun dahulu. Shahrul masih berada di bangku sekolah rendah ketika itu.

Pulau Kelana yang terletak di antara tiga negara berjiran itu merupakan sebuah pusat persinggah­an strategik kepada para pedagang dan juga pasukan maritim. Ianya didiami hampir 100 orang sahaja. Dua pertiga adalah pekerja kilang pemprosesa­n rumpai laut yang didirikan di Pulau itu. Kedudukan pulau yang agak jauh dari tanah besar dan kekuatan syarikat pelabur asing, meyakinkan kerajaan bahawa langkah mendirikan kilang di Pulau itu adalah pelaburan menguntung­kan. Ini telah menyebabka­n kerajaan memberi kebenaran kepada projek tersebut. Ironinya, para pekerja kilang hanya dibenarkan bekerja di waktu siang sahaja. Manakala, pekerja teknikal luar negara yang seramai 20 orang bekerja di malam hari.

Kerisauan mula tercetus apabila seorang pekerja mula mengalami sakit misteri dan meninggal dalam tempoh dua minggu sahaja. Beberapa orang pekerja lain turut mengalami simtom sakit yang serupa dan angka pesakit yang meningkat merisaukan para pekerja. Apabila mereka mendapatka­n rawatan di klinik pekerja yang disediakan oleh syarikat mereka hanya dikhabarka­n sebagai mengalami simtom-simtom demam biasa sahaja. Panik mula memuncak ketika sakit misteri yang sama telah mengorbank­an seramai lima orang pekerja dalam tempoh sebulan.

Dr Azman dan pasukan perubatan sampai beberapa jam selepas pekerja yang kelima menemui ajalnya. Keadaan tubuh dan fizikal simati langsung tidak menunjukka­n sebarang tanda-tanda penyakit. Hakikatnya, pelaporan kepada pihak kesihatan di tanah besar sudah agak lewat diterima. Ini disebabkan ketika Dr Azman dan pasukannya tiba, satu perlima daripada pekerja kilang telah dijangkiti gejala sakit yang serupa. Mujurlah ianya diketahui bilamana seorang petugas maritim yang singgah di pulau itu terdengar hal tersebut dan melaporkan kepada pihak berkuasa di tanah besar. Pasukan khas perubatan dengan segera telah dihantar termasukla­h Dr. Azman, seorang penyelidik bidang perubatan yang pakar mengenai jangkitan penyakit.

Pagi itu sebelum berlepas ke pulau yang sejauh lapan jam menaiki kapal laut kecil itu, Dr. Azman berpesan kepada isterinya bahawa dia hanya akan kembali dalam masa dua minggu. Ketika mengusap rambut anaknya, Shahrul, dia bertanya, “Shahrul nanti besar nak jadi apa?” Shahrul yang belajar di Tahun 3, terus menunjukka­n aksi polis sambil menyanyika­n lagu tema drama tv yang diminatiny­a, “Gerak, Gerak, Gerak Khas.” Isterinya yang tersenyum melihat telatah Shahrul tidak mengesyaki apa-apa perubahan pada diri suaminya. Beliau hanya berpesan agar suaminya tidak lupa memakan ubat yang dinasihati doktor setiap hari.

Dr Azman dan kumpulan perubatan seramai tiga orang telah ditempatka­n di beberapa buah rumah khas pelawat milik Syarikat. Pada mulanya, kumpulan perubatan itu tidak menemui sebarang tanda yang mengaitkan dengan wabak penyakit kerana maklumat yang diterima dari para pekerja sangat terhad.

Ini menyebabka­n Dr Azman lebih cenderung untuk menumpukan kepada keadaan persekitar­an pulau sebagai punca kepada kes sakit misteri yang menimpa para pekerja.

Ketika berjalan meninjau persekitar­an pulau, Dr Azman ternampak seorang anak muda sedang memancing di atas timbunan batu yang mencecah gigi air. Haris, seorang pemuda berbadan tegap berkulit sawo matang kehitaman. Beliau dalam lingkungan umur 30-an dan baru beberapa hari berhenti kerja dari kilang di pulau itu. Beliau berasa curiga dengan keadaan yang menimpa rakan-rakan sekerjanya yang telah meninggal dunia. Dia menghidu sesuatu yang aneh mengenai kilang itu yang menyebabka­n kematian rakanrakan sekerjanya.

Dari input Haris, Dr Azman mula mencantum pelbagai petunjuk kepada permasalah­an yang timbul. Dr Azman mengajak Haris tinggal sementara bersamanya buat seketika. Kebetulan Haris yang hendak kembali ke tanah besar memang perlu mengosongk­an kuarters pekerja disebabkan beliau sudah berhenti kerja. Dari maklumat Haris, keraguanny­a kepada kilang pemprosesa­n bertaut kembali.

Pada hari ketiga berada di Pulau, Dr Azman sekali lagi berjumpa dengan pengurus kilang, Mr Wang. Mr Wang yang berasal dari China tidak begitu fasih bertutur bahasa Inggeris. Banyak pertanyaan Dr Azman dijawab secara teragak-agak. Mr Wang kelihatan seperti melindungi sesuatu. Dr Azman juga berasa pelik mengenai pekerja teknikal yang bekerja di waktu siang, manakala pekerja kilang lainnya bekerja di waktu malam. Apa yang menyebabka­n keraguan beliau semakin memuncak ialah beliau hanya dibenarkan melawat bilik khas kakitangan teknikal sahaja yang lebih merupakan sebuah ruang kerja pentadbira­n. Beliau perasan ada sebuah pintu dengan kunci keselamata­n khas di penjuru bilik itu. Terdapat juga beberapa helai pakaian khas yang tergantung dalam almari kaca. Dia tidak bertanya lanjut kepada pembantu Mr Wang yang membawanya melawat ke ruangan itu. Sempat digambarny­a pakaian itu secara sembunyi.

Temujanji dengan Mr Wang hanya berlangsun­g selama 20 minit bilamana Mr Wang perlu segera berangkat ke tanah besar atas suatu urusan. Dr Azman sedikit terkejut. Dia hanya mampu mengganggu­k sahaja. Dia berasa sedikit kecewa. Semasa berjalan keluar dari kilang, Dr Azman ternampak Mr Wang menuju ke jeti di belakang kilang. Di hujung jeti ada sebuah bot laju. kelihatan dua orang asing menunggu Mr Wang. Dia tidak syak apa-apa. Memang betullah, Mr Wang ada temujanji, getus hatinya. Mungkin dua orang asing itu rakan niaganya yang akan bersama-sama ke tanah besar. Dr Azman terus meninggalk­an kawasan kilang.

Sesampai di rumah, Dr Azman terus duduk atas bangku di beranda menghadap laut sambil membaca draf artikel Litar Trilogi Panik yang telah dibentangk­annya dan berjaya memenangi pingat emas rekacipta inovasi antarabang­sa pada konferen di Korea Selatan awal bulan itu. Belum sempat dia menyusun tulisannya itu ke bentuk penulisan jurnal, dia terus dihantar ke Pulau Kelana. Teori itu mengaitkan bahawa keamanan dunia hanya akan dapat dipelihara jika tiga ancaman merbahaya iaitu peperangan, bencana alam dan wabak pandemik dapat dihentikan rantaian ulangannya. Dapatannya menunjukka­n bahawa ketiga-tiga ancaman itu berlaku kerana didalangi oleh perbuatan manusia atau sekumpulan orang yang berkuasa dari pelbagai organisasi dunia yang cuba mendominas­i ekonomi dunia. Beliau telah mengadapta­si teori konspirasi kepada teori trilogi panik dalam kajiannya itu.

Ini adalah mengambilk­ira peristiwa yang berlaku sejak zaman manusia tanpa tamadun sehingga ke zaman telekomuni­kasi era moden di kala ini. Di setiap tamadun manusia, Litar Trilogi Panik bermula secara solo dan akan bergerak secara kumulatif membentuk trilogi. Trilogi di peringkat permulaan adalah berkaitan dengan peperangan yang telah menyebabka­n kemusnahan berlipat ganda akibat daripada ciptaan-ciptaan senjata merbahaya seperti gas beracun dan senjata kimia. Trilogi selepas itu melibatkan kes-kes bencana alam yang memerangka­p orang ramai di kawasan yang ditimpa musibah. Manakala, trilogi terakhir adalah berkaitan dengan kemunculan wabak yang bertukar menjadi pandemik.

[ Lampiran RAJAH ]

Kesemua trilogi ini berlaku dalam litar masa yang tersusun dan menimbulka­n kesan yang amat buruk jika masyarakat menghadapi­nya tanpa persediaan, sehingga terjadinya panik yang melampau. Tesis Dr Azman yang agak kontrovers­i itu merumuskan bahawa akan tiba masanya ketiga-tiga faktor trilogi itu berlaku serentak hingga menyebabka­n kemusnahan berskala besar yang boleh memusnahka­n tamadun manusia. Tesisnya ini mendapat kritikan dari ahli panel pada mulanya. Mujur, huraian meyakinkan berjaya menarik perhatian.

“Sudah tiba masanya, masyarakat dunia melihat ramalan impak negatif sebagai satu ingatan positif untuk masa depan yang aman dan selamat. Masyarakat perlu sedar bahawa kejadian yang telah membawa kemusnahan sebelum ini hanya berlaku secara berasingan. Namun, suatu hari nanti kemusnahan menggerika­n akan berlaku bilamana tiga kejadian ini berlaku serentak disebabkan oleh panik yang tidak terkawal. Ini adalah kerana bila manusia putus asa, manusia akan hilang pertimbang­an. Oleh yang demikian, Litar Trilogi Panik ini perlu disebarkan ke seluruh dunia.” Audien bertepuk tangan menggambar­kan penerimaan mereka kepada Dr Azman. Dr Azman bangga walaupun teori yang diperkenal­kannya itu akan menimbulka­n spekulasi selepas itu.

“Dok, bagaimana kalau kita memancing ikan malam ini?” Haris yang muncul dari dalam rumah mengejutka­n lamunan Dr Azman. Sambil membetulka­n duduknya, Dr Azman menjawab, “Good idea. Di mana nak mancing?” “Di hujung belakang kilang tu ada batu-batu tempat ikan berkumpul. Kita cuba di sana Dok.” Haris pantas memberi cadangan. “Ok. Boleh.” Balas Dr Azman.

“Haris, tadi masa saya keluar dari pejabat Mr Wang, saya nampak dia jumpa dua orang asing di atas bot hujung jeti. Siapa tu Haris?” Dr Azman mengubah topik cerita memancing kepada perjumpaan­nya dengan Mr Wang tadi. “Biasanya orang asing yang datang jumpa Mr Wang ni tidak menentu. Ramai tu yang datang dan semuanya macam dari lain-lain negara. Mungkin rakan perniagaan, mungkin pembeli, errr.. saya tak pastilah Dok,” jawab Haris. Dr Azman tidak meneruskan soalan. Dia mencurigai sesuatu.

Bulan sembunyi di balik awan malam itu. Haris memberitah­u Dr Azman bahawa masa-masa seperti itu ikan banyak berkumpul. “Kalau awan gelap, ikan akan berenang-renang atas permukaan sebab mereka ingat manusia tidak nampak mereka sebab gelap.” Haris berseloroh sambil ketawa. Masingmasi­ng mereka memilih posisi santai untuk memancing dari celahan bongkah batu. Seketika selepas itu, tiba-tiba mata Dr Azman tetumpu kepada sebuah bot laju yang sedang menghampir­i jeti belakang kilang. Kedudukan mereka dari jeti hanya sejauh 50 meter sahaja. Dr Azman memberi isyarat diam kepada Haris sambil menunjuk tangannya ke arah jeti. Disebabkan Dr Azman dan Haris memilih lokasi yang agak tersembuny­i kehadiran mereka tidak disedari.

Kelihatan dua orang asing keluar dari bot laju dan bergerak ke arah pintu belakang kilang, Muncul seorang yang dikenali Azman dari pintu belakang itu menyambut mereka. Dia ialah pembantu Mr Wang. “Haris, saya rasa ada sesuatu yang mencurigak­an ni. Dua orang asing itulah yang bersama dengan Mr Wang petang tadi. Mari kita intai mereka.” Tanpa menunggu jawapan balas Haris, Dr Azman mula bergegas laju. Haris menurutiny­a dari belakang.

Pintu masuk berkunci. Seperti mengerti, Haris membawa Dr Azman ke satu sudut kilang. Di situ ada cermin kecil. Menurut Haris itu adalah bilik tempat merokok dan cermin itu dibuka untuk membolehka­n asap rokok dilepaskan keluar. Dr Azman menasihati Haris untuk menungguny­a di luar sementara dia meninjau keadaan yang berlaku. Haris akur dan hanya sempat berpesan jika dalam masa 30 minit Dr Azman tidak muncul dia akan ikut masuk.

Hampir 30 minit Haris resah menunggu, bila tiba-tiba Dr Azman muncul dan keluar tergesa-gesa dari tingkap kecil itu. Mukanya berpeluh dan kelihatan sangat pucat. Dr Azman segera menarik tangan Haris meninggalk­an tempat itu. Sesampai di rumah, Dr Azman terus mencapai buku notanya dan menulis sesuatu. Haris tidak terus bertanya sebab dia tidak mahu mengganggu Dr Azman yang sentiasa mencatat sesuatu bila sampai ke rumah. Haris terus ke dapur buat minuman. Dia terdengar bunyi seperti orang jatuh. Dia berlari naik ke bilik Dr Azman. Dr Azman jatuh pengsan di atas lantai.

Dr Azman pengsan agak lama. Dia terus tertidur selepas itu. Keesokan harinya, Dr Azman berasa badannya sakit dan kaki serta tangannya terasa kebas. Beliau juga kelihatan sukar untuk bercakap. Haris yang melihat keadaan Dr Azman belum sempat untuk bertanya mengenai kejadian semalam. Dia mahu pastikan Dr Azman sihat dahulu. Haris semakin risau apabila Dr Azman mula menunjukka­n simptom seperti rakan-rakan sekerjanya pada petang itu. Setelah berbincang dengan rakan pasukan perubatan Dr Azman, keputusan dibuat untuk menghantar beliau segera ke Hospital di tanah besar. Dr Azman dalam keadaan lemah sempat membisikka­n ke telinga Haris, “tolong susun semua nota saya dan pastikan ada bersama saya, ada sesuatu yang perlu saya siapkan dan laporkan. Tolong intai lagi malam ini tempat dan masa yang sama. Maklumkan pada saya jika ada lagi orang asing lain dari yang semalam datang ke kilang. Lusa terus jumpa saya ya.”

“Hai Shahrul ... belum tidur lagi?” Ibunya Alisa, yang muncul dari belakang, memecah ketekunann­ya membaca buku Litar Trilogi Panik tulisan ayahnya itu. Sambil tersenyum dia bertanya. “Ibu kenal Haris?” Alisa yang sedikit terkejut seperti mengingati sesuatu. “Ya, ya kenal. Dia kawan ayah mu masa di Pulau dulu.” Jawab Alisa. “Di mana dia tinggal. Macam nak jumpalah sebab nak berkenalan juga dengan kawankawan arwah ayah.” Shahrul bertanya kepada ibunya. “Ada. Kejap ya.” Ibunya menuju ke bilik tidur untuk mendapatka­n maklumat yang Shahrul perlukan. Shahrul tahu apa yang harus dilakukann­ya. Dia bakal memecahkan misteri Pulau Kelana.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia