Utusan Borneo (Sabah)

Banduan: Tirai besi ‘ruang terbaik’ pemulihan rohani

-

MARANG: ”Memang benar kalangan dalam banduan ini pernah jadi pembunuh, perompak dan segala perbuatan jijik, tetapi ia tidak bermakna pengakhira­n mereka adalah di neraka”.

Demikian menurut Ustaz Ariff Udin yang telah berkhidmat sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di Penjara Marang sejak lapan tahun lepas.

Katanya, penjara bukan sekadar tempat untuk menjalani hukuman, malah ia merupakan ‘ruang’ terbaik untuk pemulihan rohani dengan mengenang kembali kesilapan, memohon keampunan dan menilai sejauh mana hubungan dengan Tuhan serta keluarga.

“Masa mula-mula kerja dulu pernah juga terfikir macam mana nak berhadapan dengan banduan. Tak tergambar tetapi apabila sampai ...rupanya ia satu tempat yang paling subur untuk meneruskan agenda dakwah ini. Ada (penghuni) yang ‘zero’ agama.

“Melihatkan kesungguha­n mereka maka betullah apa yang saya jangka bahawa banduan boleh berubah. Di Penjara Marang ini ada dalam 30 orang yang telah bergelar tahfiz atau paling kurang pun telah menguasai lima juzuk al-Quran,” katanya yang sebelum ini pernah berkhidmat di kawasan Orang Asli.

Pandangan Ariff amat bertepatan dengan keadaan di Penjara Marang dan menerusi tinjauan Bernama baru-baru ini, didapati penghuniny­a yang beragama Islam tekun membaca alQuran dan rutin itu berlaku setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 3 petang, bukan hanya pada bulan Ramadan.

Kalangan penghuni yang ditemui penulis juga menunjukka­n sikap yang baik serta tertib hingga ada kalanya penulis terkejut apabila dimaklumka­n status banduan tersebut yang sebenarnya sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan berat termasuk kes bunuh.

Seorang daripada banduan yang ditemui, Kasim (bukan nama sebenar), 53, sudah beberapa kali khatam al-Quran sejak dimasukkan ke penjara pada 2004, atas kesalahan merogol anaknya sendiri.

Dia yang diperintah menjalani hukuman penjara selama 36 tahun dan sembilan sebatan memaklumka­n bahawa telah memohon ampun kepada anaknya itu dan reda menerima hukuman walaupun dihina dan dicemuh oleh masyarakat.

Menurutnya dia sebelum itu tidak pernah mendapat didikan agama dan berikutan itu nafsu menguasai diri hingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu, namun keikhlasan anak perempuan dan isteri memaafkann­ya selepas beberapa tahun menjalani hukuman di situ amat bermakna.

“Saya telah mohon ampun pada semua termasuk lima anak saya dan isteri juga saya telah ceraikan untuk membolehka­n beliau jalani kehidupan lebih baik. Saya tidak pernah minum arak, tidak pernah berjudi dan merompak tetapi nafsu jahat ini menguasai diri. Mungkin tika itu saya tiada iman yang kuat,” katanya yang pernah bekerja sebagai buruh kasar.

Keperibadi­an terkini Kasim yang bercakap dengan penuh tertib serta tekun bekerja pastinya berbeza dengan masa lampau dan setelah 16 tahun di penjara Marang, dia kini menjadi rujukan banduan baharu terutama dalam mendapatka­n kekuatan jiwa untuk terus kekal positif.

Kasim mempunyai kepakaran dalam pertukanga­n dan mahir mengukir pelbagai corak bunga pada kayu hingga membolehka­nnya bekerja dan peroleh pendapatan di bengkel yang disediakan pihak penjara. Lebih menarik, Kasim kini mampu membayar zakat.

Sementara itu, pandangan Ariff turut disokong oleh rakan sekerjanya Ustaz Mohammad Solahuddin Razali yang telah berkhidmat di situ selama lima tahun dan menurutnya kebanyakan banduan menunjukka­n perubahan ketara meskipun pada awalnya ada yang seolah-olah tidak minat mendalami agama.

Tidak dinafikan, beliau pernah beranggapa­n agak sukar untuk mengajar banduan yang telah menyimpang jauh tetapi menerusi pendekatan istimewa dengan memberi imbuhan kepada yang aktif menjawab soalan akhirnya berjaya menarik minat mereka.

Pengarah Penjara Terengganu Timbalan Komisioner Penjara Ahmad Saidi Hamzah berkata banduan di Penjara Marang berjumlah 2,455 orang dan majoritiny­a terlibat dalam program pemulihan kerohanian.

“Program ini ada beberapa fasa yang turut menyelitka­n aktiviti agama. Ia melibatkan banduan yang menunjukka­n minat ...tiada paksaan tetapi biasanya mereka dengan rela hati akan tampil dan setiap tahun mendapat sambutan.

“Besarlah harapan kami agar orang awam mengubah persepsi mereka terhadap banduan ...ramai ustazustaz yang telah berjaya mengubah mereka.

“Masyarakat perlu beri mereka peluang kedua apabila mereka bebas, hendaklah terima mereka terutama keluarga. Para majikan juga berilah mereka pekerjaan kerana dengan pekerjaan dan sokongan masyarakat, insya-Allah mereka tidak akan ulang kesalahan lama,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Benama ?? BERTADARUS: Banduan Penjara Marang bertadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadan ketika tinjauan baru-baru ini.
— Gambar Benama BERTADARUS: Banduan Penjara Marang bertadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadan ketika tinjauan baru-baru ini.
 ?? — Gambar Benama ?? IMPIAN BEBAS: Impian untuk terbang bebas seperti burung sering diimpikan oleh banduan di Penjara Marang selepas merengkuk dalam penjara ekoran pelbagai kesalahan yang mereka lakukan.
— Gambar Benama IMPIAN BEBAS: Impian untuk terbang bebas seperti burung sering diimpikan oleh banduan di Penjara Marang selepas merengkuk dalam penjara ekoran pelbagai kesalahan yang mereka lakukan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia