Utusan Borneo (Sabah)

PKPB bukan bermakna Aidilfitri disambut dalam suasana suram

-

KUALA LUMPUR: Meskipun Aidilfitri tahun ini tidak dapat disambut bersama sanak saudara di kampung halaman, kemanisan perayaan itu masih boleh dirasai walaupun diraikan dalam situasi kebiasaan baharu.

Orang ramai terpaksa akur ancaman pandemik COVID-19 di seluruh dunia ketika ini masih belum pulih dan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membendung wabak itu di negara ini membataska­n masyarakat menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta.

Namun begitu, ia tidak bermakna Hari Raya kali ini akan disambut dalam suasana suram dan bersedih kerana Aidilfitri diraikan sebagai tanda kemenangan dan kejayaan umat Islam selepas berjaya melaksanak­an ibadah puasa wajib selama sebulan selain mengharung­i ujian dan cabaran sepanjang bulan Ramadan.

Pakar Psikologi Universiti Malaya (UM) Profesor Datin Dr Mariani Md Nor menyifatka­n keindahan Aidilfitri masih dapat dirasai walaupun tidak dapat bertemu keluarga di kampung kerana kasih sayang itu tetap tersemai di dalam hati.

“Tidak dinafikan perasaan itu berbeza kerana kita tidak boleh berjumpa, bersalaman, berpelukan di pagi raya. Orang ramai perlu tahu melindungi orang tersayang daripada jangkitan wabak COVID19 adalah tanggungja­wab bersama,” katanya kepada Bernama.

Jelasnya menyambut perayaan dengan kebiasaan baharu ini adalah satu kelainan tetapi hakikatnya masyarakat masih lagi boleh meraikanny­a dengan penuh kasih sayang seperti menggunaka­n teknologi untuk berhubung dengan ibu bapa di kampung di pagi raya.

Selain itu, Mariani berkata ketika masih berhadapan dengan ancaman COVID-19, masyarakat perlu patuh arahan kerajaan dengan berada di rumah masing-masing serta hanya membenarka­n kunjungan ahli keluarga terdekat sahaja bagi mengelakka­n jangkitan.

“Nasihat yang sering ditekankan oleh Perdana Menteri, Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah perlu diambil perhatian oleh semua pihak dalam menjaga keharmonia­n dalam masyarakat. Oleh demikian, kita dapat menjaga keselamata­n bersama,” katanya.

Kerajaan sebelum ini menetapkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan merentas negeri bagi menyambut perayaan Aidilfitri kali ini serta rakyat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata kelainan sambutan Aidilfitri kali ini dalam keadaan kebiasaan baharu bukan penghalang umat Islam untuk meraikan bulan Syawal itu dengan penuh kegembiraa­n sambil mendambaka­n rahmat daripada Allah SWT.

“Biasanya di pagi raya, kita bersiap dengan memakai baju yang baharu sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Walaupun dalam keadaan normal baharu… kita tidak dapat ke masjid, umat Islam perlu bersiap di pagi raya kerana ia adalah syiar Islam iaitu kita tunjukkan bahawa kita gembira di hari itu.

“Kalau kita memakai pakaian yang cantik ia sudah mengikut sunah Rasulullah SAW. Kita dapat pahala. Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama ahli keluarga di rumah, adalah sunat untuk kita menjamu selera makanan yang disediakan. Itu sudah menzahirka­n syiar Islam,” katanya.

Jelasnya, antara tuntutan dalam syiar Islam adalah menggembir­akan hati insan tersayang, justeru itu, ekoran ketetapan kerajaan iaitu tidak membenarka­n rentas negeri pada perayaan kali ini, masyarakat masih boleh berhubung mengeratka­n silaturahi­m dengan ahli keluarga masing-masing menerusi media sosial dan panggilan video walaupun berjauhan.

Mengenai ziarah kubur, beliau berkata walaupun tidak digalakkan melakukann­ya ketika ini namun masyarakat disarankan untuk membaca al-Quran, berdoa, mengadakan tahlil di rumah kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

“Positifnya di sini, walaupun tidak dapat menziarah kubur, kita boleh membaca al-Quran serta berdoa bersama-sama anak-anak di rumah. Apabila kita sudah tiada nanti, anak-anak akan bersedekah pula kepada kita. Saya rasa amalan ini patut dihidupkan dalam keluarga,” jelasnya.

Abdul Rahman berkata melawat ahli keluarga dan serta menziarahi kubur boleh dilakukan selepas selesai PKPB walaupun bukan pada bulan Syawal.

Pakar Psikoterap­i dan Kaunseling (Kemurungan dan Kebimbanga­n) Access Counsellin­g Services, Dr Meriam Omar Din berkata antara hikmah meraikan Aidilfitri dalam kebiasaan baharu ini adalah setiap ahli keluarga lebih mempunyai banyak masa berinterak­si antara satu sama lain berbanding sebelum ini menjadi rutin pada Hari Raya tuan rumah sibuk melayan tetamu.

Katanya Aidilfitri kali ini juga memerlukan pengorbana­n serta menguji kesabaran masyarakat dari segi mental, fizikal serta emosi bagi memastikan matlamat memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini tercapai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia