Utusan Borneo (Sabah)

Tempoh cuti COVID-19 tidak gugat kecergasan Hertha

Tuan rumah belasah Union 4-0 pada aksi perlawanan pembukaan Bundesliga sejak penggantun­gan di Stadium Olympic

-

BERLIN: Pasukan tuan rumah Hertha mendapat hak untuk bercakap besar ke atas Union dalam perlawanan tetangga Berlin kelmarin apabila mereka mencatatka­n kemenangan 4-0 yang meyakinkan di Stadium Olimpik dengan kapasiti 74,000 tempat duduk yang hampir kosong.

Hertha naik ke tempat ke-10, selepas perlawanan pembukaan bagi pusingan perlawanan kedua sejak Bundesliga dimulakan lagi pada minggu lepas di bawah langkah COVID-19 yang ketat, hasil jaringan pada separuh masa kedua oleh Vedad Ibisevic, Dodi Lukebakio, Matheus Cunha dan Dedryck Boyata.

“Ia pasti hebat jika kita dapat bermain dalam perlawanan seperti itu di depan 75,000 penonton. Tetapi saya harap para peminat sekurang-kurangnya seronok di depan TV mereka,” kata jurulatih Hertha, Bruno Labbadia.

“Pada separuh masa pertama, kami bermain dengan sangat baik menentang pasukan lawan yang teratur. Saya terpaksa menjelaska­n kepada pasukan saya pada waktu rehat kerana mereka rasa sedikit negatif.

“Pada akhirnya, kami gembira kerana ini adalah mata penting dalam pertarunga­n relegasi.”

Labbadia menurunkan pemain tengah Republik Czech Vladimir Darida dalam satusatuny­a perubahan daripada kemenangan pada Sabtu lepas di Hoffenheim dalam perlawanan pertamanya di tempat sendiri selaku pengurus.

Pengurus Union, Urs Fischer, yang membimbing kelab timur Berlin itu ke liga utama buat pertama kali pada musim ini, membawa masuk empat wajah segar ke dalam barisan kesebelasa­n utamanya ekoran kekalahan pada Ahad lalu kepada juara Bayern

Munich.

Tafakur selama seminit diadakan sebelum sepak mula di stadium yang amat sunyi di ibu negara Jerman untuk memperinga­ti semua mangsa COVID-19.

Peluang terbaik dalam masa 20 minit pertama, yang didominasi oleh para pemain Labbadia, diperolehi pemain sayap Lukebakio tetapi cubaan pemain antarabang­sa Republik Demokratik Congo itu diselamatk­an oleh Rafal Gikiewicz.

Pasukan Labbadia meneruskan dominasi mereka dalam babak kedua.

Lukebakio dihalang dua minit selepas babak kedua bermula sekali lagi oleh Gikiewicz sebelum kapten Ibisevic menanduk masuk gol pembukaan yang kencang.

Hanya 70 saat kemudian, Hertha menggandak­an kelebihan mereka apabila Ibisevic, penyerang BosniaHerz­egovina,

mengumpan bola kepada Lukebakio yang menewaskan Gikiewicz dengan satu tolakan tepi kaki.

Kedua-dua gol disambut dengan lagu kelab Hertha yang bergema di sekeliling stadium yang dibina untuk temasya Sukan Olimpik 1936 apabila yang berkumanda­ng menerusi sistem pembesar suara.

Labbadia meraikan jaringan bersama kakitangan kejurulati­hannya sama seperti para pemain di dalam padang.

Hertha menambah gol ketiga pada minit ke-60 apabila pemain tengah dari Brazil Matheus Cunha menjaringk­an gol keempatnya pada musim ini.

Lukebakio tersasar dengan satu tendangan akrobatik di dalam kotak penalti dan Cunha, yang menyertai kelab itu dari RB Leipzig pada Januari lalu, menolak masuk bola dengan tepi kakinya dari luar kawasan penalti selepas 62 minit.

Boyata, pemain pertahanan tengah yang memohon maaf kerana melanggar protokol liga berkaitan virus selepas dia memegang muka rakan sepasukan Marko Grujic sewaktu kemenangan pada hujung minggu lepas, menyumbat gol keempat 13 minit sebelum tamat.

“Kami memberikan­nya dengan mudah kepada Hertha. Tetapi kami telah kalah dalam satu perlawanan, tidak lebih daripada itu, tidak kurang daripada itu,” kata Fischer, jurulatih Union. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUASANA BERBEZA: Antara babak-babak aksi Bundesliga di antara Hertha dan FC Union di Stadium Olympic.
— Gambar AFP SUASANA BERBEZA: Antara babak-babak aksi Bundesliga di antara Hertha dan FC Union di Stadium Olympic.
 ?? — Gambar AFP ?? BERSORAK: Penyokong menyaksika­n perlawanan di antara Hertha dan Union di sebuah kafe di Berlin, Jerman.
— Gambar AFP BERSORAK: Penyokong menyaksika­n perlawanan di antara Hertha dan Union di sebuah kafe di Berlin, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia