Utusan Borneo (Sabah)

Jurulatih, pemain sebuah kelab di Peru positif COVID-19

-

LIMA: Jurulatih dan 10 pemain dari sebuah pasukan bola sepak di Peru telah didapati positif bagi COVID19 baharu sejurus sebelum mereka dijadual menaiki satu penerbanga­n kemanusiaa­n, kata kementeria­n kesihatan kelmarin.

Sebelas anggota kelab divisyen ketiga Credicoop San Roman telah diletakkan dalam kuarantin di sebuah hotel di kota tenggara Juliaca, berhampira­n Tasik Titicaca.

Mereka dijadual menaiki penerbanga­n dari Juliaca, di mana mereka berpangkal­an, ke ibu negara Lima.

“Sebanyak 66 saringan cepat COVID-19 telah dibuat, 12 memberi keputusan positif, 11 adalah pesakit lelaki yang merupakan sebahagian daripada sebuah pasukan bola sepak,” kementeria­n itu menyebut dalam satu kenyataan.

Di kalangan mereka adalah jurulatih berusia 52 tahun, Juan Carlos Bazalar, seorang bekas pemain untuk dua kelab terbesar di Peru, Universita­rio

de Deportes dan Alianza Lima.

“Kami telah diasingkan dan bersedia untuk memulakan pengasinga­n selama dua minggu seperti yang dituntut oleh protokol,” kata Bazalar, yang memenangi Copa Sudamerica­na

– versi Liga Europa di Amerika Selatan – sebagai pemain bersama Cienciano Cusco pada 2003.

“Sekali lagi, saya perlu meneruskan hidup dengan kepercayaa­n dan harapan, dan saya pasti itulah keadaannya, dengan berkat Tuhan.”

Ini adalah kes pertama di mana sebuah pasukan bola sepak di Peru dijangkiti COVID-19.

Berita itu diterima walaupun liga bola sepak di negara itu sudah digantung sejak 11

Mac lalu.

Peru merupakan negara kedua paling teruk terjejas di Amerika Latin dari segi jumlah kes dengan lebih 100,000 kes dan yang terburuk dari segi kematian dengan lebih 3,000 kematian. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERLU BERWASPADA: Kes pertama sebuah pasukan bola sepak di Peru dijangkiti COVID-19.
— Gambar AFP PERLU BERWASPADA: Kes pertama sebuah pasukan bola sepak di Peru dijangkiti COVID-19.
 ?? — Gambar AFP ?? SAMBUTAN LUAR BIASA: Permainan video menyaksika­n ledakan acara kerana ia alternatif bagi peminat sukan.
— Gambar AFP SAMBUTAN LUAR BIASA: Permainan video menyaksika­n ledakan acara kerana ia alternatif bagi peminat sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia