Utusan Borneo (Sabah)

Mustahil untuk sambung EPL 12 Jun: Kabasele

-

LONDON: Pemain pertahanan Watford Christian Kabasele berkata menyambung Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 12 Jun adalah ‘mustahil’ kerana ia akan menimbulka­n risiko kecederaan bagi para pemain.

Ketua-ketua EPL menyasari penyambung­an pada pertengaha­n Jun dan kelabkelab berlatih semula dalam kumpulan kecil pada minggu ini.

Namun Kabasele percaya skala masa itu bermakna para pemain tidak akan ada masa yang mencukupi untuk mencapai kemuncak kecergasan.

“Kita bercakap mengenai 12 Jun,” katanya dalam podcast Counter Attack.

“Saya rasa ia adalah mustahil kerana ia adalah latihan tidak sampai tiga minggu selepas tempoh yang lama tanpa membuat apa-apa. Ia adalah satu risiko bagi kami.

“Saya tidak pasti. Saya tidak ada sebarang maklumat tetapi saya rasa kita tidak akan bermula pada 12 Jun.

“Pilihan paling jelas bagi saya adalah hujung Jun. Dengan

ini, kita ada sekurangku­rangnya empat minggu untuk berlatih bersama pasukan, jika boleh.”

Ketua eksekutif EPL Richard Masters pada minggu ini menyifatka­n tarikh 12 Jun sebagai ‘tiang pelancaran’ dan berkata penjaduala­n perlawanan adalah fleksibel.

Lewat kelmarin pengurus Watford Nigel Pearson memberitah­u dua lagi anggota skuadnya telah mengasingk­an diri selepas anggota keluarga mereka didapati positif dalam saringan untuk virus tersebut.

“Situasi saringan ternyata untuk meminimumk­an risiko, jadi bagi pemain dan kakitangan yang masuk pada minggu ini, dari segi statistik, mereka dijangka jauh lebih selamat tetapi ia masih satu kejutan bagi mereka yang telah didapati positif dalam saringan,” kata Pearson.

Kabasele berkata dia faham kenapa Deeney memilih untuk tidak menyertai latihan, satu keputusan yang turut diambil oleh pemain tengah Chelsea N'Golo Kante.

Kabasele berkata kelab tidak memberikan tekanan ke atas pemain untuk kembali.

“Jika latihan 11 lawan 11 dengan kontak bermula esok, dengan semua orang di padang latihan, saya tidak akan pergi, itu adalah pasti,” katanya.

“Namun dengan fasa satu, secara peribadi saya rasa segalanya sudah dilaksanak­an dan mereka sudah cuba memastikan padang latihan adalah seselamat mungkin.”

Liga Bola Sepak Inggeris pula akan mengumumka­n keputusan pertama daripada saringan virus di kalangan para pemain Liga Kejuaraan pada hari ini (Ahad).

Kelab-kelab divisyen kedua telah menjalanka­n saringan pada minggu ini sebelum mereka kembali berlatih dalam kumpulan kecil bermula esok (Isnin). — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RAGU-RAGU: Kabasele tiba di Pusat Fasiliti Latihan Watford di London Colney.
— Gambar AFP RAGU-RAGU: Kabasele tiba di Pusat Fasiliti Latihan Watford di London Colney.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia