Utusan Borneo (Sabah)

Bekas jurulatih Inter Milan, Simoni meninggal dunia pada usia 81 tahun

-

MILAN: Bekas jurulatih Inter Milan Luigi Simoni, yang membimbing kelab itu untuk memenangi Piala UEFA pada 1998 sewaktu era bintang Brazil, Ronaldo, meninggal dunia di Pisa kelmarin pada usia 81 tahun.

"Hari ini, 22 Mei, dia meninggalk­an kita. Bukan sekadar sebarang tarikh, tetapi tarikh yang paling berkaitan sekali,” Inter Milan menyebut dalam satu kenyataan.

Inter kelmarin menyambut ulang tahun ke-10 kejayaan mereka memenangi Liga Juara-Juara di bawah

Jose Mourinho, untuk menjadi pasukan pertama di Itali yang memenangi kejuaraan ‘treble’.

Simoni, dengan karier kejurulati­han yang menjangkau empat dekad dan 17 kelab di Itali, tidak pernah pulih selepas dia mengalami serangan angin ahmar hampir setahun lalu.

“Gigi Simoni bukan sekadar seorang jurulatih bagi saya,” kata Ronaldo dlam Instagram.

“Jika saya memikirkan­nya pada hari ini, saya memikirkan seorang lelaki yang bijaksana dan baik dan tidak mengarahka­n anda untuk membuat sesuatu, tetapi menjelaska­n kenapa sesuatu itu adalah penting. Saya memikirkan seorang guru.

“Dia adalah konduktor, kita adalah orkestra.”

“Seorang lelaki bola sepak yang hebat sudah meninggalk­an kita,” tambah presiden persekutua­n bola sepak Itali, Gabriele Gravina.

Simoni, seorang pemain tengah dalam karier sebagai pemain, bermain sebanyak 368 kali, termasuk 187 dalam Serie A, dan menjaringk­an 32 gol untuk kelab termasuk Juventus, Torino dan Napoli,

di mana dia memenangi Piala Itali pada 1962.

Dia memulakan karier kejurulati­hannya di kelab lamanya Genoa pada 1974, dan membimbing mereka ke Serie A pada musim berikutnya, kenaikan liga pertama daripada lapan kenaikan yang dicapai untuk pasukanpas­ukannya.

“Dia paling diingati bagi waktunya bersama Inter Milan, yang tiba bersama Ronaldo pada 1997, dan menjulang Piala UEFA pada tahun berikutnya selepas mereka menewaskan Lazio dalam final seluruh Itali.

Mereka gagal memenangi kejuaraan Serie A pada musim ini, dan menduduki tempat kedua di belakang Juventus.

“Dia tiba sebagai pengurus pasukan Nerazzurri pada 1997, bersama 'El Fenomeno', Ronaldo,” imbau Inter Milan.

“Kombinasi itu, SimoniRona­ldo, akan kekal dalam hati semua orang buat selama-lamanya, dan bukan sahaja di dalam hati penyokong Inter sahaja.

“Ia adalah hubungan bapaanak, hubungan di mana dia menunjukka­n belas kasihan yang tinggi kepada sorang pemain bola sepak yang benar-benar istimewa: Simoni suka memberitah­u kita, ‘Saya lebih banyak belajar daripadany­a berbanding apa yang dia pelajari daripada saya pada musim itu’. Satu ungkapan yang merumuskan dengan amat baik siapa dirinya sebagai seorang manusia.”

Ronaldo, pemenang Piala Dunia dua kali berusia 43 tahun, menambah: “Terima kasih tuan, anda mengajar saya lebih daripada apa yang anda dapat bayangkan.” — AFP

 ??  ?? JUARA: Timothy bersama trofi-trofi yang dimenangin­ya pada grand final Tertutup Junior Malaysia dan SportExcel Milo MSN Malaysian Junior Premier Elite Golf Circuit di Seremban, Januari lalu.
JUARA: Timothy bersama trofi-trofi yang dimenangin­ya pada grand final Tertutup Junior Malaysia dan SportExcel Milo MSN Malaysian Junior Premier Elite Golf Circuit di Seremban, Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia