Utusan Borneo (Sabah)

SELAMAT BERSUNGKAI:

-

Ketua Bahagian Penampang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Senator Datuk John Ambrose (tiga dari kiri) bersama Ketua Srikandi Bahagian Penampang, Luvita Koisun (dua dari kiri) dan Ketua Armada Bahagian Penampang merangkap Timbalan Ketua Armada Negeri Sabah, Ceasar Mandela Malakun (dua dari kanan) semalam telah mendermah sebanyak 100 bungkusan makanan dan minuman kepada warga frontliner polis di IPD Penampang yang diterima oleh Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj Ibrahim (tiga dari kanan). Turut menghadiri majlis sumbangan kecil yang menepati SOP Kesihatan PKPB itu adalah Setiausaha Bahagian Penampang, Francis Mojikon (kiri) dan Naib Ketua Armada Bahagian Penampang, Shah Fareed Awang Sham (kanan). Menurut Haris, seluruh warga IPD Penampang amat berterima kasih atas sumbangan makanan sempena bulan Ramadan daripada BERSATU Bahagian Penampang itu kerana ia memeriahka­n suasana IPD Penampang memandangk­an pihak polis telah bertungkus-lumus bertarung nyawa menjalanka­n tugas memerangi pandemik COVID-19 di barisan hadapan selama lebih dua bulan - ditambah lagi dengan cabaran bulan puasa. Senator John berkata pihak BERSATU Bahagian Penampang dan seluruh warga Penampang juga amat berterima kasih kepada pihak polis terutamany­a di daerah Penampang atas pengorbana­n setiap anggota yang tidak henti memastikan keselamata­n rakyat dan juga memastikan arahan PKP dan PKPB dipatuhi dengan sebaik-baiknya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia